Sg Perak, yang ke 2 terbesar di Semenanjung melingkar seperti ular di palu, membengkok kiri-kanan dari ulu di Tasik Temenggur hingga muaranya di Bagan Datoh.
Ibaratkan ular sawa ini sudah sakit perut, sarat dan tenat menelan pasir dan sampah sarap buangan manusia maupun hakisan geografi Banjaran Titiwangsa disebelah kanan dan Pergunungan Kledang di sebelah kirinya.
Adakah Sg Perak akan muntah sebagaimana berlaku 6hb Januari 1967, hampir 45 tahun dahulu dimana pekan Kuala Kangsar menjadi mangsa luahan air keterlaluan? Bila marahnya menggila adakah apa2 petanda ulang ke 50 tahun bahnya - dalam jangkamasa 5 tahun ini.
Petanda2:
i) perut sungai sudah dengkat;
ii) air hujan mengalir laju kesemua anak2 sungai terus (kerana kawasan hutan berkurangan) dilonggokan keibunya ia-itu Sg Perak;
iii) pulau2 kecil bertaburan sepanjang Sg Perak;
iv) banyak jalan raya menjadi sungai bila hujan lebat dan airnya lari ke anak2 sungai dan seterus ke ibunya;
v) K. Kangsar adalah kawasan rendah merupakan pekan lama orang Melayu biasa terletak di tepi sungai ...
Walla hu alam.
Dunia sekarang haru piru dilakukan manusia.
Jagalah dan sayangi sungai, nikmat Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment