Wednesday, March 7, 2012

KU BERSUA ZA'ABA DI PERPUSTAKAAN NEGARA

Ku tersesat ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dua hari sudah. Dari IJN menyeberangi jalan Tun Razak menaiki jejantas dan akan tiba ke PNM. Pada hari tersebut ada pameran pertandingan penulisan karangan dianjurkan oleh Ireland yang diadakan tiap tahun.

Ada rombongan murid2 sekolah rendah menghadhiri pameran tersebut. Pegawai PNM mengeloh menyatakan tidak ramai murid Melayu melibatkan diri untuk masuk pertandingan menulis dalam bahasa Inggeris itu.



Dalam dewan turut dipamerkan gambar dan poster karyawan2 dan hasil karya mereka.

Ku terserempak dengan pendita Za'aba!























Antara karya beliau:
Zainal Abidin b Ahmad (Za’ba). 1921. Teachings of Muhammad – an Islamic missionary. Mr Khwaja Kamaluddin. Islamic Reveview, June-July 1921

1925. Dato’ Paroi, were-tiger. JMBRAS III(1):74-8

1932. Umbi Kemajuan. Jelutong Press, Penang

1941. Recent Malay literature. JMBRAS XIX(1)1961. Sejarah Ringkas Tanah Melayu. Pustaka Melayu, Singapura 226ms


1947. The various significations of the Malay word ‘sejok’. JMBRAS 20(2):41-4

1949. Malay festivals and some aspects of Malay religious life. JMBRAS XXII(1):94-106





Selepas mencelah ngirop (Iban) kopi dan makan bihun goreng saya naik tingkat 4 membeli buku. Dapat 10% diskaun sambil disertakan beberapa buku percuma oleh En. Zulkefli.


Buku ini dihasilkan semasa penulis menjadi Mualim Tamu PNM 2007/08. Sebelumnya ia bertugas di Institute of Oriental Studies Moscow.

Alhamdulillah, beliau telah memeluk agama Islam dan kini bertugas di Akademi Pengajian Islam, UM.


Seperkara yang saya tidak tahu ialah Tan Sri Rashdan Baba, dulunya Pengetua Kolej Pertanian Malaya, Serdang pernah menjadi Pengerusi, Badan Penasihat PNM selama 20 tahun! Sempat saya mengamati beliau semasa belajar di Kolej tersebut awal tahuan 70an.

Za'aba dan Rashdan (Chembong) orang Nogori. Den pun samo jo topi tak hebat macam dio oghang!


Yang tak sedap dilihat dari luar bangunan PNM ialah timbunan sampah sarap di kaki jejantas.

Heran juga mengapa gate disebelah PNM ditutup seolah tidak menjemput? Dahlah senibentuk bangunan tudung saji seperti menutup aja!

No comments:

Post a Comment