Tuesday, May 12, 2015

MAT KILAU SUMPAH NAJIB?

Pahang dikatakan dalam kelam kabut kerana sultan telah memberi banyak tanah kapada Cina dan Inggeris. Ramai pembesar dan rakyat tidak puas hati.

1885 - British mula campurtangan di Pahang apabila Swettenham mengesyurkan Residen kapada sultan. 

1888 - Atas alasan pembunuhan seorang Cina (dikatakan rakyat British) di Pahang, JP Rodger telah dijadikan Residen pertama. Beliau kemudian digantikan oleh Hugh Clifford.

1891 - Tuk Bahaman (Orang Kaya Semantan) dan Mat Kilau tidak setuju dengan campurtangan British, peraturan2 baru, pembayaran alaun dll. Imam Perang Tuk Gajah berpihak kapada Bahaman. Mereka memberontak, bermula di Kuala Semantan. Pihak sultan mengusir mereka kedalam human.



1895 - Bahaman menyerang Kuala Tembeling. Clifford hantar ekspedisi memburu Bahaman dan Mat Kilau. Datuk Maharaja Purba bantu Clifford.


Bahaman dan Mat Kilau berundur ke Terengganu dan Kelantan. Bahaman menyerah diri kapada pihak Siam. Mat Kilau melenyap diri dan akhir ditemui di Pahang sebelum pahlawan sejati ini meninggal dunia.


"Wahai anak Pahang, biar darah mengalir bukan harta."


Bergambar di Pekan, tahun 1892. Duduk dari kiri: R.W. Duff, Police, Tuan Hitam, Tunku Mohammad, Cecil Clementi Smith, Gabenur Neger-negeri Selat, Sultan Ahmad al-Muazam Syah, Hugh Clifford, British Residen, Tunku Ali (putra kedua Sultan) dan Tunku Kecil (putra ketiga Sultan) berdiri antara Sultan dengan Clifford.

No comments:

Post a Comment