Sunday, October 11, 2015

CIA-FBI DRONES DRONING ON NAJIB



These people, DPM Zahid, FLOM Rosmah, IGP Khalid, prepaid bangang bloggers and others dismissed talk on FBI-CIA as child play. Don't make yourselves sound so stupid.

We don't really know how they operate and the technologies they use. These people can celebrate in ignorance that Najib is not out of the cross-hairs.

For one thing they have drones to monitor enemies. Don't see them drones high above in the sky, do you? What it means that they don't have to be seen doing their job. What more to  tell what they are up to.

Ekau tau tak macam mano FBI-CIA buek kojo? Den buek kojo toliti. Tak kan nak kobar den ado disini pakai baju logo FBI. Itu wayang yang kau tengok. 

Den buek kojo diam2 kau tak nampak. Tak macam polis kito, buek sikit gompak bosar. Tak buek pun gompak. Bak kato baru betolo sobiji dah ghioh sokampong.


Den nak cakap sikit macam mano caro den buek kojo. Mulo2 den gompak kao dongan borito2 dalam media di merato dunio. Den nak tengok macam mano kao melonting ko tidak. Nak saman ko tidak. Yang oghang kao ghioh nak saman tu tak saman pulak. Kocot tolo ko. Cakap bosar. Oghang bosalah memang takut.

Solopeh sajo TPPA Zahid poi menyombah Kerry. Ada apo2 contra ko? Ado tit-for-tat ko? Kalau dah tosopit ikutlah tolunjuk Amerika! Kalau sughoh makan taik makan taiklah kito.

"The progression of indirect rule by the United States of America over Malaysia towards the 52nd (gay) state." 


Surat terbuka Hamid Bador, bekas Timbalan Pengarah SB kapada kerajaan: IGP
Kepada Ydh Tan sri saya ingin mengambil peluang untuk menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara. Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk ancaman. Jangan sekali-kali kita gentar dengan gertakan pemimpin-pemimpin politik yang kian terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan takut dengan ugutan halus "are you with me or are you not?" Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan undang-undang. Yakinlahlah Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang. Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita "POLIS SEDIA BERKHIDMAT"? Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!! Sudah lupakah Tan Sri bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar nilainya jika dibandingkan dengan misteri "kehilangan" wang 1MDB??? Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes itu.....jenayah tetap jenayah. 

..... ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita. Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan kes 1MDB. Malahan Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah BERSUBAHAT DENGAN SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara. Adakah Tan Sri diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan? Cukuplah Tan Sri. Kembalilah bernaung di bawah pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25 March. Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu. Gunakanlah segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT. Jadilah KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.

No comments:

Post a Comment