"Perpaduan tenaga Melayu dan Islam parti-parti pembangkang di bawah
Pakatan Pembangkang Baharu yang bakal diketuai oleh Mantan Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir yang akan menubuhkan parti barunya akan
membersihkan Mahathir dari prasangka buruk bersekongkol dengan DAP.
UMNO telah mengexploitasi sepenuhnya isu ini untuk memanaskan kemarahan
orang Melayu terhadap Tun dan melumpuhkan perjuangannya untuk
menggulingkan Najib.
Kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali untuk kembali ke dalam
politik berikutan dengan langkah penubuhan parti baru Tun Mahathir itu
memberikan sokongan moral yang sangat besar kepada Tun walaupun Ibrahim
tidak mengisytiharkan akan bersama dalam parti baharu itu..." Zamkata
No comments:
Post a Comment