Anugerah UNESCO kepada isterinya, (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno I Minasa Daeng Sunggu Karaeng Bonto Matene) Rosmah Mansor, berkaitan projek Permata Negara biayaan kerajaan dibatalkan pula oleh penganjur bersamanya "kerana laporan Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT)". Satu dunia sudah tahu pendedahan sensasi dua akhbar itu mengenai skandal berbilion ringgit membabitkan duit 1MDB.
Tapi tahun ini mereka sudah ketinggalan dua persidangan besar dalam diari antarabangsa, iaitu UNGA (United Nation General Assembly) di New York dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland Januari lalu.
Secara kebetulan kedua-dua buah negara yang menjadi tuan rumah persidangan yang disebutkan itu – Amerika Syarikat dan Swirzerland - adalah juga antara negara yang sedang menyiasat dan bertindak ke atas skandal 1MDB. Seperti diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi Strategik BN, (Datuk), Abdul Rahman Dahlan, Mohd Najib adalah “Malaysian Official 1” (MO1) 1MDB.
(sedutan dari AKadirJasin)
No comments:
Post a Comment