Bila hantu sudah merasok tiada apa yang Rosmah dan Najid tidak lakukan. Negara pun boleh tergadai inikan nyawa. Siapa arah bunuh Altantuya, Bala, Najadi, Khalid? Siapa akan ditongdrumkan? Gopi?
"… saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative/Inisiatif Dapatkan Balik Aset Yang dicuri Kerajaan) kedua oleh DoJ pada 15 Jun di Amerika, tujuannya ialah mendapatkan balik AS$540 juta (RM2.43 bilion) yang dicuri daripada 1MDB.
Antara harta yang dimohon untuk dirampas adalah permata merah jambu (pink diamond) 22 karat yang didakwa dibeli dengan duit songlap 1MDB dan gambar yang dihadiahkan kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
Senarai lengkap harta curi Jho Low dan konco-konconya adalah seperti berikut (https://www.malaysiakini.com/news/385758:)
1.Kapal mewah “The Equanimity” kegunaan Jho Low;
Kapal mewah kegunaan Jho Low |
2. Sejumlah 2.5 saham (D Preferred Stock) syarikat Palantir Technologies, sebuah syarikat perisian komputer.
3.Semua hak milik dan kepentingan di dalam Electrum Group, syarikat pengurusan pelaburan;
4.Hak ke atas filem "Dumb and Dumber" terbitan by Red Granite Pictures (milik bersama Riza Abdul Aziz, anak Rosmah dengar suami pertama);
5.Hak ke atas filem "Daddy's Home" terbitan Red Granite Pictures;
Riza Aziz Anak Rosmah |
6.Poster litograf oleh pelukis Jerman Heinz Schulz-Neudamm untuk filem bisu (silent film) "Metropolis" tahun 1927;
7.Semua hak ke atas Fly Wheel Sports, rangkaian kelab kesihatan;
8.Sebutir permata 11.72 karat berbentuk jantung;
9.Sebiji loket permata 8.88 karat berwarna merah jambu dipagari oleh permata merah jambu terang 11 karat;
10.Satu set perhiasan mengandungi sebentuk cincin emas bertatah permata putih 18 karat, rantai, subang permata dan gelang bertatah permata;
11.Sepasang subang permata dan sebentuk cincin permata dengan 7.53 karat permata jenis 2A, 3.05 karat permata jenis 2A dan 3.08 karat permata jenis 2A;
12.Lukisan berjudul “Nature Morte au Crane de Taureau” (bahasa Perancis) oleh Pablo Picasso;
Pablo Piccaso: lukisannya dibeli dengan duit curi 1MDB |
13.Sebuah kolaj berjudul “Redman One” oleh Jean-Michel Basquiat; dan
14.Gambar berjudul “Boy with the Toy Hand Grenade” oleh Diane Arbus".
(Source: The Scribe)
No comments:
Post a Comment