Mengapa Najib dilayan dengan begitu baik tidak direman beberapa hari untuk disoal-siasat oleh SPRM? Isa kena pakai baju oren mengapa Najib tidak? Adakah disebabkan si Bugis bekas PM?
Najib kata SPRM menjalankan tugas dengan professional, SPRM berlembut! Masih ramaikah konco2 Najib dalam SPRM yang telah didedakkan semasa dia berkuasa dan takut berkeras kapada Najib? Yalah, takut pecah tembelang! SPRM sudah berlaku tidak adil.
Buat cara Mahathir. Awal2 lagi berkata akan sumbatkan Najib dalam penjara. Maknanya sudah cukup bukti sebagai penjenayah. Jadi apa yang SPRM berasa ragu untuk reman? Bila direman ada tekanan psikologi untuk memudahkan soal-siasat.
Pengaruh dedak satu perkara. Apa pula pengaruh Pawang Buaya? Atau Bomoh Sri Lanka? Munkin ada kerana Bugis tidak gentar penjara. Malah bertambah celupar memperolok2an kerajaan. Masih dia berlagak hero. Dia belum cukup diajar.
Katanya cokelat cucunya dikebas semasa polis menggeledah rumahnya. Masih sibedebah ini tidak sedar apa yang dilakukan kapada ramai cucu-cicit rakyat merana kelaparan disebabkan GST yang menyempit sara hidup? Susu pun tak ada inikan cokelat! Kamikup.
Ramai sudah didedakan dan kesan candunya masih kuat. Najib perasan kebal dan bisa bolos?
No comments:
Post a Comment