Orang2 UMNO yang telah keluar/akan keluar parti tidak ada telor maupun prinsip. Mereka seolah lalang mengikut arah tiupan angin.
Begitu lama mereka dalam kancah politik tidak tahu yang benar dan yang salah. Kan bangang tu.
Ewah, masa keloptokrat dulu soronok meraih kemewahan hidup tanpa mengira kepimpinan munafiq sarat dengan rasuah dan salahlaku.
Kalau betul mereka berprinsip sepatutnya bersuara menentang dan sedia berhenti jawatan. Ini tidak, mereka membisu tanpa memikirkan kerosakan negara dan rakyat jelata.
Selepas kekalahan BN, bila tersepit baru sedar bumi yang dipijak. Mula bersuara dan tahu realiti, dunia dan akhirat.
Kalau diterima masuk PH usah diberi jawatan tinggi kerana terbukti budi pekerti mereka yang lampau. Biar mereka lebihkan masa jaga cucu ikut kata Nazri gengsta.
No comments:
Post a Comment