Tuesday, November 13, 2018

# ME TOO MAT PEDO









Tak sangka orang kuat UMNO hendak raba free. Shahwat naik kepala ketayap. Kahwin lebihlah dengan Siam. Shuttle the cock. (Banyak tahun dia menerajui persatuan badminton entah banyak peluang!) 

Insiden ini menunjukan orang UMNO menggila setelah hilang kuasa. Tidak tentu arah. Hilang pedoman. Ramai akan menyampah. Dapatkah UMNO menang by-election? 

Ha, melawan Raja tempoh hari. Kena daulat kah?

You overstay your welcome. The head gets too big and takes control.  You die standing bro! 

Monday, November 12, 2018

FREELOADERS MENGHANTUI SAMPAI KIAMAT?


Dulu Melayu tidak mahu Malayan Union. Ini hendak pulak. Baru tahu bahananya. Senjata makan tuan.
Orang putih lebih tahu. Mereka telah lama memerintah dunia masak dengan gelagat manusia.

RAKYAT TIDAK BERSALAH Oleh Tamrin Tun Ghafar


Isnin - 12/11/18
( 1 - 24 )

1.   Disertakan keratan akhbar Sinar Harian yang memuatkan di muka hadapannya peringatan Sultan Kedah yang baru.

2.  Baginda adalah bekas Mejar dalam Angkatan Tentera dan bekas ahli perniagaan sehingga diangkat menggantikan abangnya Tunku Abdul Halim yang baru meninggal dunia.

3.  Mengikut beliau ada 3 perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 yang tidak boleh diusik ( sila lihat keratan akhbar tersebut ).

4.  Sebenarnya peringatan yang sama pernah disuarakan oleh beberapa orang Sultan sebelum ini.

5.  Ekoran teguran A Kadir Jasin terhadap tindakan beberapa orang Sultan, beberapa ' hulubalang ' telah menuduh A Kadir sebagai tidak menghormati, kurang sensitif dan menghina Institusi Raja.

6.  Ada pula yang telah membuat lapuran polis terhadap beliau. Semoga ‘tidak ada udang di sebalik batu’.

7.  Sebelum A Kadir dipanggil polis untuk beri keterangan,  saya mencabar Bukit Aman untuk mengambil tindakan mendakwa TMJ yang telah terbukti melakukan 2 kesalahan serius sebelum ini:

i.  10 tahun dahulu pada umur 24 tahun beliau telah mencederakan Tengku Nadzimuddin dengan menggunakan pistol, dengan dibantu pula oleh pengawal - pengawal peribadi beliau terdiri dari anggota Johor Military Force ( JMF )  - perbuatan jenayah seperti ini  TIDAK  ADA   HAD  MASA UNTUK DIAMBIL TINDAKAN.


ii.  Baru - baru ini beliau menuduh Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir, kononnya dengan menggunakan alat perisikan tercanggih ( spying equipment ) buatan Yahudi Israel,  sedang menggintip beliau dan bapanya , Sultan Johor.


Ini sebenarnya satu tuduhan AMAT  SERIUS kerana bertujuan membakar semangat rakyat membenci dan jika boleh menumbangkan  Kerajaan yang telah dipilih rakyat secara demokrasi.

8.  Sebagai peringatan, sejak Merdeka 61 tahun dahulu sehingga kini rakyat TIDAK  PERNAH mempersoal mengapa dan bagaimana Sultan - Sultan berada di kedudukan mereka.


9.  Begitu juga sejak 61 tahun dahulu sehingga kini rakyat TIDAK  PERNAH diberitahu jumlah wang hasil titik peluh mereka digunakan bagi membayar elaun Sultan, keluarga mereka termasuk isteri dan kaum kerabat yang bergelar Tengku Mahkota, Raja Muda, Tengku Laksamana, Tengku Bendahara dan sebagainya serta kos penyelenggaraan setiap Istana.


10.  Semasa rakyat hidup dalam kesempitan dan keperitan akibat rompakan  besar - besaran yang dilakukan oleh Najib, Rosmah  dan konco-konconya tapi dalam masa yang sama ada terdapat  Sultan -  Sultan tidak peduli perasaan rakyat; mereka terus bermewahan termasuk  membina Istana - Istana atau membesarkan Istana yang sudah pun sedia besar, bermegah dengan kapal terbang peribadi (private jets)  dan menayang beratus  kereta yang nilainya tak kurang RM1 juta setiap buah.


Umum tahu bahawa kekayaan yang mereka perolehi semuanya bermula dengan hasil negara dan negeri seperti tanah, balak, lombong emas, bijih, pasir dan lain-lain lagi.


11.  Kedudukan Raja - Raja adalah terjamin dalam Perlembagaan tetapi ia tidak bermakna mereka tidak boleh dinasihat,  ditegur malah dikritik jika mereka sendiri yang melanggar Perlembagaan dan undang - undang.

12.  Perlu diingatkan selalu bahawa 9 orang Raja yang terdapat di negara ini mereka ialah  Raja Berpelembagaan BUKAN  Raja Mutlak seperti Sultan Brunei dan Raja - Raja di Negara Arab.

13.  Raja Berpelembagaan membawa maksud bahawa mereka juga TERTAKLUK kepada Perlembagaan dan Undang - Undang.


14.  Jika sekiranya mana - mana Raja melakukan kesalahan mereka boleh didakwa di Mahkamah Khas tetapi bagi ahli keluarga mereka pula seperti  Tengku Mahkota, Raja Muda dan  lain - lain, mereka BOLEH  didakwa, ditangkap dan dipenjarakan di mana - mana mahkamah dan penjara pada bila - bila masa sahaja jika didapati menyalahi undang-undang seperti yang pernah dilakukan oleh anak Sultan Johor.


15.  Undang - Undang ini telah digubal apabila  Sultan Johor  ketika itu telah menzalimi rakyat dengan mencedera malah membunuh rakyat sesuka hatinya.

16.  Justeru itu,  bagi menyelamatkan rakyat dan bagi mengkekalkan Institusi Raja, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, atas nasihat  Jemaah Menteri dan akhirnya dengan persetujuan Parlimen sebulat suara  telah DIPAKSA  meminda Perlembagaan tersebut.

17.  Perlu disebut Pindaan yang bersejarah tersebut telah dibentangkan oleh ayah saya Tun Abdul Ghafar Baba pada tahun 1993 yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan  Perdana Menteri.

18.   Raja - Raja kita termasuk ahli keluarga mereka yang selalu rajin melawat  London, malah boleh dikatakan hampir kesemua mereka mempunyai hartanah di sana yang bernilai berjuta - juta ringgit sepatutnya mengambil iktibar bagaimana Raja dan keturunan mereka bukan sahaja di hormati, dikasihi malah dibanggai oleh sebahagian besar rakyat Britain dan dunia.

19.  Mungkin apa yang saya turunkan ini tidak dipersetujui tapi inilah hakikat yang sebenarnya:

a.  Ratu Elizabeth dari England dan keluarga mereka tidak pernah melibatkan diri dalam politik tanah air.

b.  Baginda Queen dan keluarga juga tidak terlibat dalam mana - mana perniagaan dan pentadbiran negara.

c.  Segala perbelanjaan seperti elaun diri dan keluarga dan lain - lain serta kos pengurusan Istana adalah mengikut apa yang DITETAPKAN oleh Parlimen.

d.  Queen dan ahli keluarga biasanya tidak mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat.

e.  Segala tindakan mereka  amat menghormati Perlembagaan dan Undang - Undang; sebagai contoh mereka tidak merembat atau merampas tanah rakyat, mengambil dan menjual pasir, biji timah dan lain - lain sesuka hati seperti yang pernah dilakukan oleh lanun Viking.

f.   Walaupun Baginda Queen bukan beragama Islam, namun mereka tidak melakukan perkara - perkara yang dilarang seperti  mencedera malah membunuh rakyat mengikut nafsu.  Mereka juga menjauhkan diri dari merompak dan berjudi. Mereka senantiasa berhati - hati dengan gejala yang membahayakan seperti dadah dan sebagainya.

g.  Selain itu Baginda dan ahli keluarga tidak membenarkan diri dari diperalat bagi meraih projek dan tender dari Kerajaan.

h.  Segala kurniaan yang hendak diberi dilakukan dengan begitu teliti, jauh sekali mereka menjual sebarang gelaran seperti kacang putih.

i. Seperti rakyat Britain yang lain Queen dan ahli keluarganya juga membayar segala jenis cukai kepada kerajaan.

j. Juruiring Baginda Queen hanya tertakluk kepada 2 buah kereta peronda (satu di depan dan satu lagi di belakang) serta 3 biji motorsikal; peronda motorsikal digunakan untuk membantu kereta kecemasan hospital yang membawa pesakit biasa.

20.   Ada 3 perkara penting yang PERLU dimasukkan dalam Agenda Mesyuarat Majlis Raja - Raja.

i.  Membincang secara teripinci peranan dan tanggungjawab Agong dan Sultan terhadap Negara dan Rakyat.

ii.  Mengkaji peranan mereka selaku Ketua Agama Islam ; bukan setakat nak menentukan tarikh puasa dan raya semata - mata.

iii.  Juga MENASIHATKAN  Sultan Johor dan anaknya bukan sahaja bertindak mengikut Perlembagaan dan undang - undang  bahkan kesemua Raja - Raja perlu menghormati keputusan majoriti rakyat jelata memilih PH sebagai Kerajaan baru yang menggantikan UMNO / BN.

21.  Mereka SEPATUTNYA  berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir yang telah  berjaya  menyelamatkan Institusi Raja dari tindakan marah dan benci rakyat terhadap mereka ketika itu.

22.  Akhirnya sekali lagi saya menyeru agar Kerajaan PH yang mengamalkan dasar Ketelusan dan Terbuka mengemukakan setiap sen yang dibelanjakan oleh Agong dan Raja - Raja untuk dibahas dan diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Negeri pada Sidang Belanjawan yang akan datang.

23.  Jika diadakan kajian (survey) dari Perlis hingga ke Johor, saya yakin majoriti rakyat mahukan segala kos tahunan dan elaun Raja serta keluarga dan belanja mengurus Istana dibentang di Parlimen dan Dewan Negeri.

Mereka juga mahu melihat Raja-Raja kita dan keluarga mereka mengikut jejak langkah Baginda Ratu Elizabeth.

24. Diharap seluruh rakyat dan Istana dapat bersama meniliti pandangan saya ini.

Terima Kasih.

SPECTRUM OF LIGHTNING


Occurrence of lightning may involve ground objects. For example, the discharge can be triggered by the presence of a tall tower.

A close lightning flash striking a tree at a distance of 60 metres (below).







Wednesday, November 7, 2018

WE KILL OUR RIVERS!


The 'sebarau' is a medium size freshwater fish much sought after by net casting (menjala).



Orang asli much depend on freshwater fishes but the catch now is low due to polluted waters.


This river (below), a small tributary of Muar River dissecting my kampong used to be (say 40 years ago) deep and wide where ikan kaloi abundant and crocodiles marauding. We use the river for bathing, swimming, and rafting.

It is now narrow and knee-deep due to siltation. The water is always murky. Only small fishes are found. What a pity state how we keep our rivers and ecology! Because we receive so much rain, we take water for granted.


In the late 60's the DID built a dam upriver in order to irrigate the padi fields. But after some years the water level in the irrigation canals became low and did not supply enough water into the padi fields. Farmers had to abandon rice growing. What went wrong technically, and ecologically? 

During post-colonial times, a crew of 4 or so of the DID (Dept of Irrigation and Drainage) regularly maintain along the river banks (removing obstructions, cut overhanging tree branches) from a boat.

And many years before that, Chinese shopkeepers along the riverbanks transported and received goods via boats. This shows how deep and wide the river then.

Sunday, November 4, 2018

JIBBY KAMIKUP














Leissner (kiri sekali) dengan isterinya, Kimora Lee, bersama Najib

Sunday, October 28, 2018

SARIMAH MENONJOL DARI MARIA MENADO




SARIMAH









n.b. Thank you Manado, Sulawesi (Celebes) especially the Coconut and Palm Research Centre staff for their kind hospitality during several days of working visit, 1999. 

Friday, October 26, 2018

ROCKSTAR SINEAD MEMELUK ISLAM




Bintang Rock Irlandia Sinead O'Connor Memeluk Islam, Mengganti Namanya Syuhada

Sinead O'Connor membagikan foto dirinya ini di Twitter saat dia mengumumkan dia masuk Islam. {Daily Mail]

29
DUBLIN (Arrahmah.com) – Sinead O’Connor telah masuk Islam dan mengubah namanya menjadi Shuhada yang berarti ‘martir’ dalam bahasa Arab.
Bintang rock Irlandia, penganut Katolik, mengumumkan berita tersebut di akun Twitter-nya di mana ia berbagi foto dirinya yang mengenakan jilbab.
“Sekarang saya akan mengumumkan bahwa saya bangga telah menjadi seorang Muslim,” tulis ibu dari empat orang anak itu, seperti dikutip Dailymail.
‘Ini adalah keputusan alami dari perjalanan seorang teolog yang cerdas. Saya akan memiliki nama baru, yaitu Shuhada,” tulisannya.
Dia mengeja namanya dengan tanda kutip di bagian akhir, menulis nama lengkapnya sebagai Shuhada ‘Davitt.
O’Connor juga mengubah gambar profil twitternya dengan caption, ‘Wear a hijab just do it‘.
Penyanyi itu mengatakan, dia diberi jilbab pertamanya oleh temannya Elaine. Dia mengungkapkan, Elaine begitu terkejut ketika pertama kali melihat dia memakai jilbab.
Jumat lalu O’Connor memposting video dirinya yang melantunkan Adzan.
“Ini adalah usaha pertama saya untuk melantunkan Azan. Aku rasa ada beberapa pelafalan yang salah karena terbawa perasaan … tetapi akan ada ratusan hal lain yang akan dihadapi,” tulisnya.
Sinead O’Connor dalam cuitannya juga berterimakasih kepada saudara-saudara sesama muslim yang telah memberikan sambutan baik kepada dirinya yang baru saja menjadi mualaf.
Sejak pengumuman keislamannya tersebut, O’Connor dibanjiri ucapan selamat dari umat Islam.
Pukul 11.30 malam pada hari Kamis dia men-tweet, “‘Terima kasih banyak kepada semua saudara-saudari Muslim yang telah begitu baik hati untuk menyambut saya kepada Ummah pada hari ini di halaman ini. Kelembutan kalian sangat berarti bagi saya.”
(ameera/arrahmah.com)