Tuesday, April 19, 2011

MASIH KU MINAT DIA

Awal tahun 1979 baru balik belajar luar negeri. Idealistik dan romantik.

"Saya nak kerja kat Fraser's Hill Dato'" saya berterus dengan Dato' Mohd Noor, Pengurus Besar FIMA di pejabatnya, KL. (7 tahun sebelum dia tanya samaada main rugby atau tidak dalam temuduga nak masuk Kolej Pertanian. Ya, saya kata tapi satu hapah pun tak tahu fasal rugby!)

"Ok, I give you a blank cheque," sambutnya. Saya pulak tergagap, tak jadi ambil cabaran. Ada kontrak dengan MARDI hati berbisik.


Dua hari sudah holiday ke Fraser's Hill dan jengok tempat hendak kerja 22 tahun dulu. Kini penuh dengan rumput seperti gambar. Dulunya FIMA ada projek hidroponik tanam rock melon.

Dulu, dulu lagi kawasan yang terletak hampir dengan Jeriau Waterfalls telah dibina pada tahun 1931 dan dinamakan Government Dairy Farm oleh pihak Pertanian, Straits Settlement and Federated Malay States. Pengurus pertama ialah F.S. Banfield. Antara lain, mereka memelihara 26 ekor lembu tesusu Freisan dari Durban, Afrika, lembu Jersey, ayam Rhode Island Red (30 ekor) dan Light Sussex (12). Selain daripada itu menguji sayuran kubis, kentang, tomato dll dan buah2an seperti strawberi dan raspberi.

Saya teruja nak cuba turn aound kawasan kerana ada pengalaman dengan tanaman subtropika dan temperat semasa bertugas dengan MARDI Cameron Highlands. Kalau Mat Saleh boleh buat mengapa tidak kita? "Boleh bincang dengan Pengurus Besar Pebadanan di Kuantan" kata pegawai. Kalau diberi package yang sesuai nak kah habiskan masa tua kat 4000kaki diatas permukaan laut?


Udara nyaman dan pemandangan indah.





Banglo Clifford masih indah tersergam.



Perjalanan naik dari Kuala Kubu Baru ke FH melalui ampangan baru bagi reservoir yang meluas.



Sayangnya, pekan Kuala Kubu yang bersejarah itu telah menjadi 'the most disorganised town in Malaysia'.

2 comments:

  1. salam Doc,
    apa sebab projek FH ni semua dihentikan? Dan bila?
    adakah telah berjaya lalu kena abandon? atau fulus habis lalu ditutup?
    projek hidroponik rock melon - mana orang pernah dengar di malaysia. sayangler jika dihentikan gitu saja.

    ReplyDelete
  2. Sdr Remgold,
    Projek hidroponik itu, sekitar 1988 merupakan teknologi canggih ala komersial. Rock melon atau cantoloupe agaknya nak dibekalkan ke hotel2 tapi marketnya hanya untuk mat salih aje pada masa itu. Kos pengeluaran tinggi maklumlah belum biasa dengan teknologi yang tidak memberi keuntungan. Sekarang tanaman strawberi di Cameron Highlands menggunakan sistem hidroponik yang mudah berjaya.

    Kemudian, sekitar 1995 yang menyebabkan kerugian besar agaknya ialah membuka tanah bukit sebelah farm untuk buat golf course. Setengah jalan projek dihentikan kerana kos terlalu tinggi, tempat tak sesuai atau entah apa sebabnynya. Duit dah banyak habis.

    Apa yang dinyatakan adalah anggapan kerana tidak ada maklumat sebenar dan harus kurang tepat maupun salah.

    Pengalaman akan memberi wisdom of right choice.

    ReplyDelete