Monday, April 4, 2011

Tilapia dan jatropha

Ikan Tilapia:
Ikan tilapia tahan lasak dan mudah membiak dalam tasik bekas lombong di Perak. Ia sedap digoreng, masak asam manis dan buat pekasam. Sebulan lalu saya cuba menjala di tasik, alangkah terperanjatnya dapat hingga 15 ekor ikan tilapia sebesar 2-3 jari sekali tebar. Hampir tiap hari pergi menjala ditasik tersebut. Terfikir bagaimana hendak membelanya dalam tangki.

Sedang mencuba menggunakan tangki plastik biru 180m panjang x 1m lebar x 6m dalam (RM400) dimuatkan 200 ekor anak ikan tilapia. Tangki diisi dengan air paip dan/atau tadahan air hujan (jimat) sedalam 10-15cm. Kalau air melebihi sukar melihat ikan mati selain membazir terutama bila menukar air. Satu pam akuarium 40watt (RM30) digunakan dalam tangki untuk pengudaraan ikan. Tanpa pam ikan akan mati. Pam akan rosak kira dibiarkan operasi diluar tanpa air. Dua pam rosak kerana saya berbuat begitu.

Air diganti selang 2-3 hari. Tangki ada saluran keluar di bahagian bawah. Air kotoran mengandungi tahi ikan dan lebihan makanan digunakan menyiram tanaman.

Makanan pellet (RM50/20kg bag) dan hampas kelapa segenggam tiap satu diberi 3 kali/hari.

Saya mengguna mata jala 1 inci diperbuat dari tangsi. Sejam menjala boleh dapat 100 ekor dan sarat untuk masukan ikan dalam 2 baldi berisi air dan perlu cepat bawa balik dimasukan dalam tangki. Ada juga dapat tilapia besar 5 jari boleh dijual RM5/kg.

Jatropha:
Jarak atau jatropha berasal dari Amerika Tengah/Selatan dan dibawa ke Timur melalui Filipina oleh penjajah Sepanyol. Di Malaysia popular ditanam sebagai pagar hidup kerana mudah tumbuh dari biji atau keratan, tahan lasak ditanah kurang subur, ternakan tidak makan daunnya, pokok tidak merimbun. Orang kampung gunakan getahnya untuk bekukan darah luka, daun dipanggang dan lekatkan pd perut bayi untuk hilangkan angin.

Thailand, Indonesia, Cina maju dalam penyelidikan jatropha sebagai biodisel - green energy. Malaysia mewah dengan minyak galian dan kelapa sawit sebab itu kurang perhatian untuk memajukan tanaman jarak. Mesin untuk ekstrak minyak boleh import dari Indonesia atau fabrikasi disini.

Keratan pohon jarak sepanjang 2 kaki mudah berakar dan boleh ditanam terus dibuat pagar kebun. Setelah 6 bulan buah sebesar ibu jari, kulit berwarna hijau menjadi kuning dan kemudian masak hitam dan dikutip. Tiap buah mengandungi 3 biji yang di press untuk mendapatkan minyak diguna terus sebagai biodisel.

Cara lain pembiakkan ialah melaui biji. Biji disemai dalam kotak styrofoam tumbuh dalam 1 minggu. Sebulan kemudian dialih dalam polybag dan tanam dikebun bila berumur 3 bulan. Atau anak benih dibiarkan dlm kotak dan bila berumur 3 bln di tanam terus (bare root) dalam kebun bila ada hujan. Pokok berumur 1 tahun akan mula mengeluarkan buah.

Tanaman secara meluas nampaknya belum menggalakan kerana masalah pasaran dari segi harga dan permintaan. Kalau ditanam pada tanah tanah subur pokok jarak akan gila daun dan kurang buah. Oleh itu ia sesuai pd tanah yang kurang subur. Tanam dalam barisan berpasangan 1.5m x 1.5m, dan 2.5m antara pasangan baris. Dari segi ekonomik jarak elok ditanam secara integrasi dengan tanaman lain seperti nenas, tebu, roselle, bende.

SAVE sedang mengumpul baka untuk pilihan. Kami sedia khidmat nasihat dan mengirim tempahan biji jarak kpd yang berminat. Beri alamat serta postal order/money order/cek atau masuk no. akaun 3994791524 Public Bank sebanyak RM10 kapada: Dr Shaharudin Saamin, Sustainable Living Institute (SAVE), 3 Laluan Desa Tronoh Indah 5, 31750 Tronoh, Perak. Tel: 013 3763858; email: shaharudin_saamin@hotmail.com.

4 comments:

  1. Salam Dr Save,
    tk kerana posting ni. boleh letak gambaq sikit dlm Part 2 kelak.
    ikan tilapia ni makan apa? rumah teres saya di kl ada kolam 5kaki x 4kaki - kecik nonet, ada koi kenit2. boleh hidup tak tilapia ni?

    pokok jat pula bentuknya pun saya tak tahu.
    jika ditanam kecil2an kat tepi pagar hidup tak? kalau boleh bagus juga, senang nanti tak payah beli minyak kat kedai utk jalankan lambo saya. hee.

    ReplyDelete
  2. Sdr Remgold,
    kolam tu sebesar tangki yg saya guna. Dalam tangki sy pun ada 2 ekor koi. Agaknya tak da masalah masukan tilapia bak sedozen. Ia boleh bersihkan lumut dan algae dan air tidak menjadi hijau. Kedai akuarium ada jual pellet makanan ikan tilapia. Pekedai boleh rekomen.

    Memang sesuai tanam tepi pagar sebab tu dinamakan jarak pagar. Pokoknya sebesar bunga raya, batang sebesar lengan tidak banyak dahan dibahagian bawah. Boleh sy kirimkan bijinya utk tanam. Percuma!

    ReplyDelete
  3. Salamzzz Pak Save...saya pun mahu juga....

    ReplyDelete
  4. Salam urkolog,
    minta email alamat kpd: shaharudin_saamin@hotmail.com. Kiriman sampel biji jarak hanya dlm M'sia shj dan percuma utk 10 permintaan pertama.

    ReplyDelete