Sunday, November 20, 2011

EMAS KU CARI, PASIR KU DAPAT

Seketika dahulu lombong emas di Raub terkenal di Tanah Melayu. Fraser (peneroka Bkt Fraser) sendiri mencari emas dengan menonggang keldai merentasi kawasan pergunungan. Akhirnya dia hilang begitu sahaja. Entah di baham harimau!

Emas menjadi igauan/kegilaan manusia semenjak tamadun Mesir. Tamadun kemudian seperti Aztec, Mughal terkenal dengan harta emas mereka.
Nabi Musa dihalau dari Mesir olih Firaun. Apabila turun dari gunung selepas diberi wahyu terus dari Allah mendapati antara pengikut2nya menyembah patung lembu emas. Pengikut2 tersebut dibunuh.
Selepas itu Nabi Musa, Nabi Harun (adik kapada Musa) serta pengikut2 sesat dalam perjalanan padang pasir Sinai berpuluhan tahun.
Amerika setelah Persefahaman Breton Woods tidak perlu menggunakan emas untuk nilai wang. Sekarang wang dicetak sebanyak yang dikehendaki ia-itu fiat money. Gedung emas di Fort Knox perlu dikosongkan untuk membayar hutang negara!
Harga emas telah melonjak kepuncaknya dan kini menurun sedikit ke paras RM174/gramme.



Nak cepat kaya ku cari emas.
Pertama kali di Lubuk Mandi dekat Marang. Alat mini dredge diimport dari US. Ia ringan dan boleh dibawa seperti backpack.
Malangnya bila sampai di Lubuk Mandi pump Penyedut air lumpur tidak beroperasi. Enjinnya rosak atau saya sendiri tidak mengerti menggunakannya.
Balik ke Cameron Higlands dengan jerih dan tangan kosong. Bila naik bukit dari Tapah, kereta Subaru pula buat hal, hanya gear 4 dan 3 sahaja boleh digunakan. Ingat tak boleh sampai rumah malam tu!



Alat2 yang dibawa untuk mencari emas.

Palong mini dredge ditengah. Ia diapungkan menggunakan tiub kereta semasa menyedut air lumpur.

Pump air di buat khas telah dirosakkan langsung oleh seorang yang memandai mekanik konon!

Nak cuba fabricate pump 1HP untuk disesuaikan dengan mini dredge.





Di kawasan lombong emas diLubuk Mandi, 1993(?).

Frust, mini dredge tidak dapat digunakan!

Orang2 kampung datang beranakpinak memasang khemah untuk melombong. Ada yang mengangkutt tanah dalam guni dan tanah-batu dipecahkan dekat khemah untuk diayak dengan dulang.

Ada yang menggali buat terowong dan bila tanah runtuh beberapa orang mati terkambus.

Beberapa tukang beli emas sedia menunggu dengan timbang elektronik.
Rahsia!!

Dalam kebun getah saya di kampung ada sungai kecil yang dipercayai ada emas alluvial.

Baru sekali ku cuba mendulang emas tetapi pasir yang dapat! (lihat gambar atas, pasir dalam dulang plastik hitam yang direka khas). Sampel hendak dibawa ke Mining Institute, Ipoh untuk pengesahan.

Perlu sabar dan cuba lagi untuk meperkemaskan cara mendulang. Sakit pinggang dibuek eh!

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

3 comments:

  1. salam.palong mini dredge brape harga?RM?

    ReplyDelete
  2. oi matt....ko nk buat ape ngn palong tu..buat je..jom!!

    ReplyDelete
  3. Sdr,
    Berbanyak maaf terlalu lambat jawab. Saya import palung serta mini-dredge dari US banyak tahun dulu. Harganya >US1000. Dredge telah rosak dan cuba nak fabricate atau import. Maaf sekali lagi dan terima kasih.

    ReplyDelete