Wednesday, November 9, 2011

ROUGH RIDER vs DAUN PUCUK



Pak Lah kata "Tak Nak".
Pfizer kata " Atasi Rokok. Jadilah Juara".

Bukan perokok, kali terakhir mengisap setahun dulu, itu pun mekanik Cina membaiki enjin kereta hulur rokok. Yalah nak kamcing sama dia.

Kalau di kampung dulu biasa merokok daun pucuk dengan menggobek sirih. Dari dulu lagi tekak ni terasa kering dan batuk bila merokok. Bagus juga tu.





Kalau  kuat merokok agaknya dah kena bypass. 
Beberapa tahun dulu dada terasa sakit bila buat angiogram ada saluran darah jantung tersumbat. Kena buat angioplasty di IJN. Setakat ini Alhamdulillah.





Diet kena control dari segi cholesterol dan glucose terutamanya. Oleh kerana suka berkebun bermandikan peluh tidak perlulah exercise atau jogging.



Kalau mengikut OpEd (Nov 6) saya tergulung dalam Pickers - cari/beli barang lama atau second hand dan kalau boleh dijual kembali.

Saya geledah tong mesin jahit Singer lama dan jumpa beberapa kotak rokok Rough Rider, Player's Nay Cut, Capstan Navy Cut dan Gold Flake. Rokok2 tersebut di import dari England.

Kotak2 sudah di frame (L) kalau jual berapa boleh dapat? Nak simpan pun saya bukan perokok.






Brand Player's ada kilang sendiri sementara 3 yang lain dibuat oleh W.D. & H.O. Wills, Bristol & London.

Rough Rider dan Player's munkin ada curi2 cuba kerana keduanya lebih popular.




Di England tidak ada cowboy. Jenama Rough Rider munkin dipinjam dari US sempena kemenangan rejimen sukarelawan berkuda Rough Riders (1st Volunteer Cavalry) menawan San Juan Hill, Cuba, 1898.

3 comments:

  1. Assalam bro.
    Terima kasih kerana membawa nostalgia yang dah lama tak saya tenguk.

    ReplyDelete
  2. Wow! Semua kotak ni dulu saya kat kampung di Singapore collect. Tahun 1960an.
    Maklumlah melayu miskin tak mampu nak beli toys. Kotak rook dijadikan bahan mainan.

    Syiok baca cerita cerita lama anda. Utk orang lama macam saya. Budak hari ni sibuk twitter dan fb.

    ReplyDelete
  3. 40-50 tahun zaman telah beredar. Entah budak2 sekarang apa hobinya - tak kumpul stem, duit lama . .. Kalau kumpul telefon bimbit, komputer ... boleh membawa nostalgia nanti!

    ReplyDelete