Kajang terkenal dengan satay kajang. Tetapi entah berapa puluhribuan tikus bermaharaja lela dalam bandar dan sekitarnya. Sekiranya tikus boleh mengundi, ketua politiknya pun tikus. Pernah dikatakan dulu kiranya babi di Bkt Pelanduk dibenarkan mengundi, ahli2 politik hinggakan MB pun babi!
Ambil iktibar apa yang berlaku.
Beberapa tahun dulu pergi makan tengah hari di fastfood di Kajang. Baru buka kotak nak baham burger ternampak seketul tahi tikus betul2 tepi burger. Komplain pada manager. Ia beri set baru.
Tak puas hati, saya tulis ke ibu pejabatnya minta pampasan RM10,000 kerana kecuaian menghidang tahi tikus. Nak pasang lawyer tidak ada ambil gambar sebagai bahan bukti. Dua bulan kemudian saya dipanggil ke ibu pejabat fastfood tersebut. Eksekutifnya kata mereka nak bayar RM2500. Mahu tak mahu terima ja lah.
Tak berapa bulan sudah dalam perjalanan KL-Perak berhenti makan breakfast di fastfood. Order bun. Masuk gigitan kedua gigit bun terasa liat. Bila tengok ada sekeping plastik dalam bun. Komplain pada manager. Ia kata bukan
plastik. Saya terus ambil kamera digital dalam kereta, ambil gambar bun, bawa bun bersama kotaknya balik. Bun masih disimpan dalam freezer.
Surat komplain telah ditulis kapada ibu pejabat fastfood tersebut minta pampasan atas kecuaian mereka dan lain2 sebab. Surat dijawab. Dah pergi jumpa mereka tetapi pampasan (tak banyak pun RM5000 sahaja) belum diterima. Agaknya mereka masih sibuk dengan corporate tussle, bila nak layan pelanggan! Kalau termakan plastik tu, macam2 boleh jadi seperti contoh diatas. Nak pasang lawyer kena minta pampasan puluhan ribu agaknya. Bukti kokoh.
The moral of the story is when you go to a fastfood don't be so fast not to look what you bite. Literally you pay for what you bite!
Friday, July 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment