Wednesday, July 11, 2012

OH KHALIL, MENGAPA?



Siapa dia sebenarnya?
ku bertanya
Lidah2 mudah nusta

Katakanlah dia:
Kecewa, masalah
terpesong jauh, sesat
taksub, devionis
Mahadi
Rambo
otak mereng
underdog
lencong bini orang
amuknya samurai
(bukan senjata api!)
ancam nyawa
kereta remok
setimpal 1nyawa padahnya?
ku tanya
Kilauan samurai belum berdarah
Kau diajalkan!
Sampai hati!
Kalau kau niat mati
kau akan pelurukan M16
seorang diri
Setakat  gertak gempur?
samurai  tak kelar leher
dilepaskan saja
Kau dikepung
mana nak lari
amuk akan lesu
Sabar, polis  sabar
tugas negara
penting, hening
walau senjata  berpeluh
genggamkan jari
agar tidak menari
muslihat, perangkap, tangkap
kan hari masih muda!
pelupuh kakinya
apa guna sharpshooter?
Tangan siapa berdarah?
(whose hands are bloodied?)
yang perintah? pemerintah?
yang menurut perintah?
Ku imbas Memali
sesat katanya,  kuburkan
14 + 4 liang lahat
Takkan kau dengar Khalil
sendiri tempah padah
Buat selamanya
kau tinggalkan keluarga
ibu-bapa dan saudara-mara
ingatan pahit, kesal, malu
menjangkau cucu
Kau ku tak kenal
aku hanya kasihan
Insan Allah
suratan,  takdir
1nyawa  tersia
tergamak 1Malaysia!

No comments:

Post a Comment