NAJIB PEMBOHONG
*Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, * *Hari - hari cakap bohong itulah kerja Perdana Menteri. * *Hilang Integriti, kredibiliti dan dignity.* *Cuba baca body language Najib. * *Najib tahukah apa makna Fitnah.* Najib: *“Allah sahajalah yang menentukan mana yang benar, Allah juga yang akan membalas (kejahatan) kalau tidak di dunia, di akhirat. Saya tidak gentar hadapi dugaan, saya tidak takut hadapi fitnah kerana kebenaran tetap muncul nanti. Saya dan isteri akan menghadapi segala-galanya.”* *(Utusan Malaysia - Ahad, 6 Julai 2008)* *Akhbar *The EDGE pada keluaran 28 April 2014 telah me
Pada asalnya dana 1MDB ini adalah dari dana tabung Negeri Terengganu, iaitu duit royalti minyak yang disimpan dalam satu dana yang dinamakan TIA (Terengganu Investment Agency) dana negeri Terengganu kemudian ia dinamakan 1MDB. Apakah Ahmad Said mantan MB Terengganu, tak tahu tentang selok belok serta cerita disebalik tabir tentang dana Terengganu yang TIA diubah menjadi 1MDB itu.
1MDB (1 Malaysia Development Berhad) juga membawa maksud lain iaitu 1 Malaysia Di Bodohkan. Kenapa dikatakan begitu? berikut adalah alasannya....
Negara kita memang beraspirasi untuk menjadi ‘negara maju kelas satu’, malang sekali kewibawaan pemimpin kita tidak membawa Malaysia ke arah itu.
Satu ukuran yang paling mudah, tahukah kita bahawa tahap ketelusan negara kita amat rendah berbanding dengan kriteria negara maju.
Kepimpinan Najib memang terus mendakwa Malaysia negara maju dan sememangnya kita maju pun. Hanya memajukan kelompok tertentu saja. Negara maju kelas berapakah ini?
Antara perbuatan tidak telus pemimpin ialah tentang Tabung dana 1MDB yang ditubuhkan dalam tahun 2009 dengan suntikan modal RM5 billion, modalnya dijamin oleh Kerajaan. Tetapi kenapa sebanyak US 2.3 billion di letakkan di sebuah bank di Switzerland. Dana sebanyak itu telah diurus oleh syarikat pengurus dana kewangan di Hong Kong.
Pengurus dana telah melabur wang tersebut di enam tabung dana berlainan yang terlibat dalam sektor tenaga.
Profail pelaburan keenam enam dana ini atau nilai asetnya juga tidak diketahui.
Orang yang tidak ada asas pengetahuan kewangan pun tahu ‘don’t put all your egg in one basket’. Dalam kes 1MDB ini, sudah lah put all in in one basket, tetapi not his own basket pulak. Kata P. Ramlee, ‘unta padang pasir pun tak sebodoh itulah!’
Kenapa dana yang ditaja kerajaan, dengan jumlah dana yang besar itu diletakkan di luar negara sedangkan objektif utama penubuhan dana itu untuk merancakkan ekonomi domestik.
Habis semua wang yang sepatutnya berlegar legar di dalam negara telah menyusup ke luar negara.
Sudah lah selama ini berbillion ringgit mengalir keluar setiap tahun dari sektor pekerja asing yang bekerja di Malaysia.
Secara minimanya, jika seramai 2 juta pekerja asing di Malaysia, setiap orang menghantar minima RM100 setiap bulan, ini bererti 200 juta ringgit mengalir keluar setiap bulan, tetapi kita bertanya semula adakah pendatang asing hanya 2 juta, memang yang berdaftar lebih kurang 2 juta, PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) boleh dikatakan sama ramai atau mungkin lebih ramai dari yang ada permit. Kiralah berapa banyak wang keluar negara setiap bulan, tidak cukup dengan itu. Kini berbillion billion wang dalam negara di bawa 1MDB keluar negara atas nama pelaburan.
Pada 12 September 2012, 1MDB telah meletakkan US2.3 billion (RM7.42 billion) dalam beberapa portfolio berasingan di Cayman Island.
Pada 22 February 2014, Akhbar Star dalam ruangan StarBiz Week melaporkan
1MBD had places US$2.32 Bil (RM7.42 bil) in a segregated portfolio fund based in Cayman Islands on Sept 12, 2012.
Selepas kumpulan pertama sebanyak US2.3 billion dilaburkan pada bulan September 2012 itu, diikuti pula US3 billion ringgit diletakkan di tangan bank pelaburan luar negara pada bulan Mach 2013.
Jumlah kesemua, 1MDB sudah melabur sebanyak US 5.3 billion di tabung dana luar negara. Yakni dalam masa enam bulan dari bulan September 2012, wang sebanyak itu telah berada di tangan bank asing. Apakah Najib boleh menjawab "ask me no question, I will tell you no lie." Dah banyak sangat pembohong, kesian yang kena tipu cerdik pandai, orang kita yang tak berani cegah kemungkaran. Kalau tanya pun, Najib suka buat bodoh. Dia takkan jawab apa pun orang kata dia. Akhirnya gambar dia kena pijak. Orang tampal kasut saja di mukanya. Itulah nilai Perdana Menteri Malaysia hari ini. Muka serupa tapak kasut je.
Soalan yang selalu menjadi pertanyaan utama, kenapa wang itu diletakkan di luar negara, namun tiada sebarang jawapan.
Bukankah 1MDB ditubuh untuk memberangsangkan projek yang mampu memberi impak tinggi kepada ekonomi dalam negeri. Ia bukan ditubuh untuk mengumpul wang dengan jaminan kerajaan dan kemudian wang tersebut dilabur di luar negara. Untuk kepentingan siapa? Duit sekarang siapa punya?
Persoalan yang serupa telah ditanyai dalam ruangan ‘The Alternate View’ akhbar Starbiz Week 22 February 2014 oleh penulis kolumn M. Shanmugam.
‘Nevertheless, questions will still persist as to why the money is parked in a fund in Cayman Islands because that was not the objective of 1MDB when it was established in 2009. What is the investment strategy, horizon and recoverability of the money?
The money parked in Cayman as a major portion on the RM5 bil seed capital 1MDB raised by issuing government guarantee bonds. It was supposed to be used to lure investments that would cause a high impact in local economy.’
Setakat ini jawapan yang diberi oleh 1MDB ialah wang tersebut telah dilabur dengan baik, ditadbir urus dengan selamat dan akan dibawa pulang semula. Bila dah pulang, masuk ke bank siapa? Di dalam atau di luar negara?
No comments:
Post a Comment