Friday, October 10, 2014

GONE WITH THE WIND - ANDALUSIA


(n.b. Tulisan italik dan gambar2 adalah tambahan kapada posting terkini Che Det , 'Kejatuhan Al-Andalus', 9 Oktober. Rujuk juga posting SAVE berkenaan Andalusia 'Cry for Al-Hambra' pada 11 Ogos 2011).

1. Pada abad kedua hijrah pasukan Islam dari utara Afrika berjaya menyeberangi terusan yang kini dipanggil Straits of Gibraltar (tahun 711) dan menakluk Semenanjung Sepanyol (Iberia). Dibawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad, pasukan Islam dapat mengalahkan pasukan Sepanyol dan Portugis.
2. Selama 800 tahun Islam berkuasa di Semenanjung yang dikenali sebagai Al-Andalus oleh Arab.

Akitektur indah Masjid Al-Hambra di Granada.

Brass astrolabe, dated 1067, was used by the Moors in the study of astronmy and geography.


3. Tetapi orang Islam di Al-Andalus berpecah selepas pemerintahan Abdul Rahman Ke-3. Ketua-ketua Wilayah bersikap bebas dan Al-Andalus berpecah kepada beberapa negeri kecil. Negeri-negari ini sering bermusuh sesama mereka dan berperang.

5. Dengan cara membantu pemerintah-pemerintah wilayah Islam yang bermusuh sesama mereka, akhirnya Sepanyol dapat merampas balik seluruh Semenanjung.


6. Yang terakhir ialah Wilayah Granada. King Ferdinand dan Queen Isabella berjaya mengalahkan dan menakluk Granada, 1492. Dengan ini tamatlah sejarah Semenanjung Iberia sebagai Negara Islam.

7. Orang Islam dan Yahudi di Granada diberi tiga pilihan. Mereka boleh kembali ke Afrika Utara, atau memeluk agama Kristian Katholik atau mereka dibunuh.
Ada diantara penduduk Islam sempat lari jauh ke pergunungan untuk berlindung and mendirikan perkampungan.


Ringkasan sejarah Al-Andalus.


9. Apakah ada pelajaran yang boleh didapati dari sejarah Islam di Semenanjung Sepanyol.

No comments:

Post a Comment