Thursday, August 20, 2015

ORANG TUA GULING KERAJAAN?!


Siapa orang tua itu? Kalau betul Zahid kata dan ada bukti sahih orang tua mampu guling kerajaan cara coup de tat atau revolusi tangkaplah dia. Usah buat cerita gempaq menakut2kan rakyat. Kalau orang tua itu mahu gunakan vote of no confidence itu cara demokratik dan tidak menyalahi undang2. 

Rakyat mahu Najib turun dan diganti. Kerajaan tetap ada, yang berubah hanya anggota kepimpinan. Tidak perlu PhD untuk membezakan antara kerajaan dan Najib. Kerajaan bukan hanya Najib. Najib hanya ketuanya. 

Sesiapa sahaja yang seleweng duit perlu diberkas ikut undang2. Apatah lagi ketua yang melanun. Takkan TPM hendak diajar pula. Murah sangat PhD sekarang ni!

Shahrir kata, dia minta dia dapat 1 juta. Ahmad 3.85 pointer minta dapat 2 juta. Senang mintak duit dari kepala bapaknya. Tidak adil dan tidak manasabah kalau ramai yang lain tidak minta. Orang2 bawahan hendak juga. Apa punya budaya ini?. Siapa yang Mahathir kata sudah dibeli tu? Ada PhD atau tidak?

SB telah lumpuh dan ditakut2kan. Siapa akan buat investigasi dan mengesahkan maklumat?  Mudah orang buat cerita. Agensi mana atau siapa   dapat sahkan  bahwa Zahid tidak olok2 tentang orang tua itu? Diiakan sajalah kerana ada tekanan. 

Dajjal jadian, besar dan kecil sedang membiak dan bermaharaja lela.  Motto mereka "cash is king". I have the power, I am the judge and jury. 

As it the Malays cannot run the country. Given the chance they abuse it. It is becoming that "cash is god". To whom do you turn to when the country is bankrupt? 

No comments:

Post a Comment