Saturday, December 24, 2016

FGV HISAP (CURUT) DARAH PENEROKA


Gambar eksekutif kanan Fucking Global Vultures (FGV) group hisap curut. 

Gambar penghisap cerut yang menjadi viral

Dalam masa dua hari harga sahamnya jatuh hampir enam peratus kepada RM1.53.

Ini adalah antara tahap paling rendah dideritai FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun, 2012.

Pada kadar harga RM1.53 itu, nilai saham FGV telah merudum tiga kali ganda daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 pada tahun 2012.

Harga saham GFV menrudum
Daripada keuntungan sebanyak RM980 juta pada tahun 2013, pencapaiannya merosot kepada RM306 juta (2014), RM117 juta (2015) dan rugi RM98 juta sehingga suku ketiga tahun ini.

Margin keuntungan merosot daripada 7.8% pada tahun 2013 kepada 1.9% (2014), 0.7% (2015) dan -0.8% sehingga suku ketiga tahun ini.

Dividen yang memuncak pada kadar 16 sen sesaham pada tahun 2013 merudum kepada hanya 4 sen tahun lalu. 



FGV adalah syarikat GLC kedua yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, yang dalam krisis. Yang pertama ialah 1MDB.

(sedutan dari The Scribe)

No comments:

Post a Comment