Thursday, March 9, 2017

NAJIBUGIS, HALILINTAR BELAH KOREA UTARA


Wah, kali ini Najibugis pantas buat keputusan. Ia berkeras, Ambassador Korea Utara mesti dihalau! Terpaksa Zahid uruskan tugas, Najib ke Jakarta. 

Keputusan mendadak menghalau ambassador itu tentu tidak dibincang dengan semasak2nya. Apa salah beliau? Adakah itu keputusan Najib sendiri atau ada mainan kuasa luar? Adakah diplomasi dan protokol antarabangsa yang sewajar telah digunakan?

Barangkali  Najib mahu jadi hero ataupun barua Amerika kerana tertekan dengan kes kleptokrasi. US sedang berentap dengan K. Utara. Kalau ada pak sanggup jadi trojan horse apa salahnya!  

Bila K. Utara menahan rakyat Malaysia baru Najib tersentak dan mahu adakan perundingan. MO1, kaki U-turn juga! Apa2 pun kita patut berlembut dahulu, kalau sudah buntu mungkin cara berkeras boleh digunakan. Itu pun kalau ada kemampuan. 

Yang dibunuh di KLIA ialah adik kapada Kim Jung Un. Yang terlibat membunuh bukan rakyat Malaysia. Mengapa kita melenting tidak tentu arah? Sengaja cari gaduh halau diplomat walhal kes mayat dan investigasi belum selesai. 

Itulah bahana  main duit tipu, cash (stolen) is king. Prolonged cover ups and the lies will work on the mind in strange ways .  

No comments:

Post a Comment