Monday, March 26, 2018

UMNO PENCETUS GANAS?


UMNO takut kalah PRU14. Kiranya menunjukan akan kalah pada hari undi UMNO akan buat helah ada keganasan, kacau bilau, samada palsu atau dirancang. Najib akan istihar MAGERAN. Pilihanraya dibatalkan.

Ada tanda2 atau bunga2 rencana ganas. MB NS sudah mula naikan darah. Zahid buat2 beri amaran tidakan keras akan diambil.  Pihak polis berkata ada lebih 1000 unsur mahu menimbulkan huru hara. Rakyat ditakut2kan. 

Kekecuhan berlaku pada UMNO Titiwangsa adalah ibaratkan senjata makan tuan. Kalau main khabar angin sama2 tidak percaya antara satu dengan lain.  Kalau main dedak ada yang tidak puas maupun tercicir. Masing2 mahu balun sebanyak munkin.
  




… kata-kata yang jelas menghasut dan berbentuk hasutan yang dilafazkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan ketika melancarkan jentera gerak gempur Pemuda BN Rembau yang turut dihadiri oleh Khairy Jamaluddin di mana videonya telah tersebar dengan meluas di media-media sosial:-

"Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia.

"Kena tangkap dengan polis, saya jamin. Jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang."






Syed Badli yang merupakan anak jati Kampung Baru berkata, terdapat khabar angin bahawa akar umbi Umno mencadangkan nama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah,  Tuan Haji Razlan Rafi menggantikan tempat Johari di Titiwangsa.

Syed Badli berkata isu itu berpunca daripada perpecahan dalam Umno sendiri akibat rasa tidak puas hati terhadap Tuan Haji Johari Abdul Ghani sebagai anggota parlimen di kawasan itu.

"Saya percaya berlaku perpecahan dalaman Umno di Titiwangsa kerana isu perebutan kerusi.

"Malah tindakan pihak-pihak tertentu yang menaikkan sepanduk provokasi menolak Johari itu juga mungkin berpunca dari akar umbi Umno yang tidak berpuas hati terhadap prestasi beliau sebagai ahli parlimen," katanya dalam satu kenyataan media.





Mengikut Mahathir Najib  akan menang PRU14 hanya dengan jalan tipu. Mahathir mengulangi 900 perempuan bernama Fatimah Ismail yang bakal jadi pengundi hantu. Mahathir mengulangi kesah  70 orang Melayu, India  dan China yang duduk disatu rumah dialamat yang sama. Mahathir  menerangkan 400,000 undi awal dan hampir 1 juta undi pos. Semua ini adalah penipuan.





No comments:

Post a Comment