Monday, June 4, 2018

UiTM TAPAH SAPA BALUN?



“Calon BN Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia (rujuk Lampiran A), rakan kongsi yang juga merupakan syarikat pembinaan sebenar dalam projek ini iaitu Crest Builder Holdings Berhad mengumumkan bahawa projek itu dimiliki secara bersama oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas bernama UniTapah Sdn Bhd.

Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi Unitapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyenggara kemudahan universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh itu.”

(Anon, comment in Life of Annie)

No comments:

Post a Comment