Paradigma politik dan pentadbiran negara ialah BN ialah pemerintah kekal berkepanjanan. Paradigma ini menjadi habuk dengan sekelip mata pada PRU14. Rakyat nyata jelak dengan UMNO budaya jahanam - angkuh, penipuan, korup, menggila. Kedajjalan ialah keduniaan, melalaikan akhirat, berperasan acapkali dosa boleh dibasuh di Mekah.
Bila kalah PRU, segala perancangan politik dan projek orang2 UMNO hancus. Tiba2 duit UMNO jadi kosong bermakna duit sudah masuk saku sendiri.
Bila jutaan harta disita Najib sedih fasal cokolat. Tidak sedarkah berapa ramai simiskin tidak menjamah cokolat? Keluarga Najib jatuh miskin (katanya) tetapi ada pula yang berpoya di Taiwan! Mereka pandai sendiwara.
Kemenangan PH memperkocak-kacikan pemikiran kebanyakan orang Melayu. Pergolakan minda akan menimbulkan paradigma politik serta budaya tersendiri - lebih bersih, mantap, adil, toleransi. Misalnya, Mahathir membawa contoh bahawa berumur tidak semestinya menghadkan kemampuan otak maupun fizikal.
Kekalahan UMNO memperkocak-kacikan juga pemikiran mereka. Sekian lama mereka jadikan UMNO paksi cara hidup dan pencarian. Oleh kerana tidak menerima realiti kekalahan dan 'khasbiaAllah' (Allah menentukan) ada yang gian menggila pemikiran dan peradaban. Misalnya, adakah patut budak mentah (16 tahun) boleh jadi ahli? Kalau terdesak sangat usah merosakan bangsa.
Najiblah yang promosikan Kristian. Sebelum ke Mekah ia jumpa Pope dahulu. Vatican kemudian melantik wakilnya di Malaysia. Najib lantik pula envoy ke Vatican.
No comments:
Post a Comment