Friday, May 10, 2019

SULTAN MURKA NAJIB DUKA






SULTAN Selangor menggantung darjah kebesaran yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor susulan tuduhan kes jenayah yang sedang mereka hadapi di mahkamah, kata Setiausaha Kerajaan Selangor Mohd Amin Ahmad Ahya.

Darjah kebesaran itu digantung berkuat kuasa 6 Mei lalu sehingga perbicaraan selesai, termasuk proses rayuan sekiranya ada, kata Mohd Amin dalam satu kenyataan, hari ini.

“Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran yang dikurniakan oleh DYMM Sultan Selangor ini akan disemak semula setelah kes dimuktamadkan di Mahkamah,” kata Mohd Amin dalam kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment