Thursday, May 16, 2019

YAPEIM - YANG PENIPU ISLAM MALAYSIA



BONUS HINGGA RM400,000? YAPEIM 


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memberi jaminan akan menyemak semula ganjaran tinggi, mencurigakan dan tidak munasabah kepada pengurusan kanan itu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim  Tuan Haji Mohd Daud Bakar berkata Yapeim juga akan memberi ganjaran berdasarkan prestasi pekerja termasuk agensi itu secara keseluruhan.

Ganjaran itu juga akan mengambil kira keadaan ekonomi negara semasa, katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

“Bagi pembayaran bonus kepada pihak pengurusan tinggi dan staf untuk 2018, pihak LPA Yapeim masih dalam perbincangan untuk menentukan formula dan kadar bonus kepada setiap staf termasuk pihak pengurusan kanan. 

“Formula penggiraan bonus yang terpakai sebelum ini pada tahun lepas tidak akan dipakai lagi dan akan mengambil kira prestasi kewangan semasa kumpulan Yapeim dan keadaan ekonomi negara,” katanya.

Tambahnya selain bonus kepada pihak pengurusan, LPA turut menyemak semula skim ganjaran peringkat jawatankuasa dan lembaga pengarah anak syarikat milik penuh Yapeim.

Beliau tindakan melibatkan 10 syarikat tersebut telah dilaksanakan bagi mengurangkan kos pengurusan sebanyak mungkin.

“Pihak LPA Yapeim akan terus membuat pemantauan untuk mempertingkatkan kebekerkesanan kos pengurusan,” katanya.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur itu, beliau menjelaskan masalah itu merupakan antara isu yang diteliti LPA baharu untuk memulihkan semula Yapeim.

Beliau merupakan pengerusi LPA baharu yang dilantik pada November 2018 untuk menggantikan LPA lama.

Kenyataannya itu juga timbul selepas seorang pegawai Yapeim tampil mempertahankan pembayaran bonus dan gaji yang tinggi yan diberi kepada kepada pengurusan tertinggi .

Ketua Bahagian Perundangan Yapeim   Tuan Haji Adawiyah Abdul Samad dalam sidang media Ahad lalu berkata ganjaran itu berdasarkan skim polisi dan perkhidmatan agensi itu yang ditetapkan sejak dulu.

Pemimpin dan pengurusan kanan badan yang ditubuh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi umat Islam itu dilaporkan menerima bonus tahunan setinggi RM250,000 hingga RM400,000.

Ia berdasarkan satu laporan penstrukturan semula yayasan itu yang diperolehi oleh The Malaysian Insight.

Laporan berkenaan juga mendakwa, bonus atau insentif tersebut dibayar tanpa melalui kelulusan lembaga pemegang amanah (LPA).

Menurut dokumen tersebut, LPA hanya berperanan meluluskan bayaran sedangkan keputusan berkenaan telah dibuat di peringkat pengurusan Yapeim.

Mengulas perkara itu,  Tuan Haji Adawiah berkata kesemua bayaran bonus perlu diluluskan pemegang amanah sebelum diagihkan kepada kakitangan.

“Proses ini perlu datang daripada (LPA). Jika lembaga luluskan, barulah kita boleh agihkan bonus tersebut,” katanya

No comments:

Post a Comment