PEMIMPIN ISLAM
SUCI WARAK
SEBUAH penthouse berharga AS$51 juta (RM215 juta) di Manhanttan yang didakwa dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dijual, lapor Bloomberg.
Menurut Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, hartanah yang terletak di Walker Tower itu dibeli oleh Khadem Abdulla Al-Qubaisi pada 2014.
Bloomberg melaporkan, pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) dan peguam mewakili pemegang amanah yang memiliki hartanah tersebut memohon kebenaran mahkamah untuk meneruskan penjualan.
Laporan juga menyebut, pendakwaan DoJ juga menunjukkan pada 2012 juga Al-Qubaisi menerima AS$437 juta yang dicuri dari 1MDB.
1MDB kemudiannya ingkar membayar semula bon dan IPIC dipaksa supaya menyelesaikan bayaran.
London Court of Arbitration memerintahkan 1MDB membayar sebanyak AS$1.2 bilion kepada IPIC.
No comments:
Post a Comment