Thursday, June 20, 2019

SUBOH, NIK FAISAL, JHO LO DAN TONG DRUM


Remember Kevin Morais murdered and cemented in a drum. He must die. This can happen to anybody.







 Bekas Pengarah SRC International Suboh Md Yassin (tengah) melarikan diri dari negara pada 2015 kerana takut dengan Najib Razak dan apa yang boleh dilakukan oleh bekas perdana menteri itu kepadanya dan keluarga.

Suboh yang berada di bawah perlindungan saksi melarikan diri ke Bangkok sejurus selepas berita mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didedahkan dan penyiasat mula membuat serbuan ke atas premis serta bank berkaitan dengan anak syarikatnya SRC International.


“Pada masa itu Nik Faisal (tengah) juga menghubungi saya dan dia memberitahu bahawa kes SRC International melibatkan Najib dan dia menyuruh saya pergi,” katanya.

Suboh yang berusia 68 tahun berkata, beliau berasa bertanggungjawab terhadap tindakan tertentu oleh SRC International yang dirasakan “tidak betul”.

“Saya tidak meletak jawatan sebagai pengarah, saya rasa bertanggungjawab terhadap dana yang dilaburkan di luar negara,” katanya sambil menambah beliau ingin kekal kerana mahu memastikan dana itu dikembalikan dari luar negara.


No comments:

Post a Comment