Wednesday, September 4, 2019

AKU MERDEKA TROUBODOUR BAJAU


September 2006, selepas melawat FELDA Sahabat, Lahad Datu atas urusan resmi aku sempat ke Semporna, pantai timur Sabah.

Pekan Semporna dipersisiran laut.  Kelihatan bumbung masjid di belakang pasar (bumbung berbentuk terendak). Perahu2 pengangkutan dan nelayan berlabuh. 



Di stesyen bas dan teksi van aku berbual dengan troubodour Bajau. "Abang, nama saya Merdeka. Kalau tak percaya tengok IC." katanya. Ku terhibur dengan Merdeka - petikan gitarnya sambil menyanyi. Ini antara kenangan manis di Semporna.


Orang Bajau dan laut tidak terpisah. Laut merupakan tempat pencarian hidup - ikan, mutiara, agar laut. Dulunya mereka meredah laut dari pulau ke pulau melanun bila ada peluang. Perkampungan mereka selesa  di gigi laut. Keadaan rumah menampakan tahap kemiskinan terabai. 

Malaysia merdeka hanya di Kuala Lumpur?


No comments:

Post a Comment