Tuesday, June 30, 2020

JARI JOLOK APA? - TANYA USTAZ



Penceramah Ustaz Ahmad Husam Syeikh Muhamad Baderudinanak bekas Mufti Kedah, pernah menunjukkan jari tengah ketika berceramah di Masjid Permatang Berangan, Sungai Petani pada 2015. Sebab itu dia dikenali ‘ustaz jari tengah’.



Ustaz Ahmad Husam mempersoal status agama Alexander Pittsuwan Thomprason yang membongkarkan skandal berkaitan Mokhtar dengan individu menyamar dikenali sebagai Leena.


Ustaz Ahmad Husam juga didengar mengeluarkan kata lucah ketika mempertahankan Mokhtar dalam dalam siaran Facebook (FB) Live itu dengan menyebut haram jadah dan but** pak hang.






Sebagai Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia dia berkata, pejuang Islam wajib bangkit menentang golongan penabur fitnah.


“Sebab itulah wahai pejuang Islam, kita wajib bangkit dan tentang golongan penabur politik fitnah ini."


“Dalam pertemuan saya dengan Ustaz Mokhtar Senik, saya ada berpesan kepada beliau bahawa jangan terpedaya dengan permainan mereka sehingga terjejas misi yang sedang kita rancangkan dalam perjuangan kita mengangkat martabat sistem pondok."
“Sebab itulah Ustaz Mokhtar Senik meneruskan langkahnya walaupun taburan fitnah sedang rancak ditabur oleh individu yang masih diragui status agamanya,” katanya dalam Facebook 


Ustaz Ahmad Husam mendakwa misi dan visi yang sedang digalas oleh Mokhtar sangat besar iaitu menyatukan semua pondok pengajian Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di bawah satu bumbung dan merancang agar institusi pendidikan itu terus mekar dan subur.


Nota:
Ustaz Mokhtar Senik dikenali juga Mokhtar DUP (Dewan Ulama Pahang). Beliau juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Minggu lalu, gambar kenderaan MPV Toyota Vellfire, NDF 2427 serta nombor telefon dikaitkan dengan Mokhtar tular di media sosial.

Pemilik Pondok Annur di Kg Kuala Penor, Kuantan itu mendakwa nombor telefonnya telah digunakan pihak lain tanpa sedar.


ubahsuai: tukar tiub

No comments:

Post a Comment