Thursday, September 17, 2020

40 CYBERTROOPER BARUA ROSMAH


ROSMAH UPAH 40 CYBERTROOPER, KATA BEKAS PEMBANTU

ROSMAH Mansor mempunyai kira-kira 40 cybertrooper untuk menyebar propaganda politik di media sosial, kata saksi pada perbicaraan rasuah membabitkan isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bekas pembantu Rosmah, Rizal Mansor, yang juga saksi utama pendakwaan, mendedahkan blogger Papagomo turut berada dalam pasukan cybertrooper itu.

Pasukan itu ditugaskan untuk memantau kandungan kritikal atau persepsi negatif terhadap Rosmah di media sosial, kata Rizal.

“Ada tiga atau empat ketua dalam pasukan dan mereka ini termasuklah Papagomo, Parpukari, The Unspinnsers. Ketua pasukan ini dibayar RM5,000 sebulan. Saya boleh berikan senarai lengkap nanti.

“Selain mereka, ada kira-kira 12 hingga 15 blogger dan kira-kira 30 Facebooker,” katanya ketika disoal balas peguam bela utama Jagjit Singh.

Tambahnya, mereka yang ditugaskan untuk menyebar propaganda di Facebook dibayar antara RM1,500 hingga RM2,000 setiap bulan, manakala blogger pula dibayar RM3,000 sebulan.

No comments:

Post a Comment