Showing posts with label Ridhuan Tee. Show all posts
Showing posts with label Ridhuan Tee. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

kebenaran itu selalunya pahit: 9 Mei 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Malaysia kini dalam keadaan tenat mencari semua punca dana negara. Sambil itu masih senang2 beri 2 telaga minyak kapada negara lain. Dimana kepentingan negara boleh digadaikan!

Bapak borek anak rintek. Dulunya bapaknya beri 1Genting kapada Lim Goh Tong untuk hub judi. Kini anaknya beri lesen judi kapada iMalaysia.

Income dari hub judi Genting dan lesen judi bola akan bercampur-aduk dengan pendapatan negara yang halal. Yang halal akan berbaur haram tanpa boleh dipisahkan. Masihkah kita mengaku kita negara Islam? Kepentingan bukan Islam lebih penting hingga lupakan bala dari Allah.

kebenaran itu selalunya pahit: 9 Mei 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Bilangan professor di Malaysia memang ramai. Ada yang telah menjabat professor mahu pangkat lagi - asyik mengejar gelaran Dato'/Datuk pula. Ini melibatkan mainan politik dan menggeselkan bahu dengan orang-orang kenamaan. Ia menggunakan nama dan fasilitas institusi sebagai batu loncatan.

Apabila bergelar professor dato/datuk ia terus syok berpolitik dalam dan luar institusi. Ia tahu orang tidak berani sentuh dia walaupun prestasi, output atau kelakuannya menurun.

Sebuah institusi terkenal masih menyimpan professor bergelar dato' yang pernah ditangkap basah sebagai dekan kampus cawangan. Apa VCnya buat? Pentadbiran sebegini akan memudaratkan institusi dan tauladan yang salah kapada semua pihak termasuk ahli akademia, kakitangan, pelajar dan khalayak ramai.

Wednesday, March 24, 2010

Bila Belanda minta tanah, kadok naik junjung: Mar 21 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

The Malays need to take challenges. They should not take the easy way as exemplified in many instances be it in education, business, skills, administration etc.

Definitely we have lost much time and time is not with us anymore. We are in peril. We have to make everyone count. In other countries the mindset in upbringing is that an individual potential is limitless. "Baik-baik bawa mobil pak, mana tau terlanggar budak yang bakal jadi presiden," I once heard.

The angst and pangs in the Malay world are varied in form and degree. Each nation-state not in a strong position to help others near or far.

Patani
BERSATU. 1995. Resolusi persidangan pemimpin-pemimpin pejuang Patani. 4-5 Julai 1995, Patani
_____ & MPRMP. 1997. Hidup Mati Bangsa Melayu. Patani


Champa
oChambert-Loir. 1995. Catatan hubungan sejarah dan sastera antara Campa dengan dunia Melayu. Dlm Ismail Hussein, P-B Lafont and PO Dharma (ed) Dunia Melayu dan Dunia Indocina. DBP, K Lumpur hlm217-34

Lamant P-L. 1995. Orang Melayu di Kemboja menghadapi sistem politik protektorat Perancis. Dlm Ismail Hussein, P-B Lafont and PO Dharma (ed) Dunia Melayu dan Dunia Indocina. DBP, K Lumpur hlm123-36


Mindanao
Rodil BR. 1994. The minoritization of the indigenous communities of Mindanao and the Sulu Archipelago. Alternative Forum for Res in Mindanao, Davao City

Salah Jubair. 1999. Bangsamoro: A Nation under Endless Tyranny. IQ Marin, K Lumpur


Sri Lanka
Jayah, Murad. 1970. The plight of the Ceylon Malays today. Silver Jubilee Souvenir, Moors Islamic Cultural Home pp70-75

Samat TMG. 1959. The Malays – glorious past but what of their future? Sunday Times of Ceylon, Colombo, 7 May 1959


Cape Town
Du Plessis, Izaak David. 1972. Cape Malays. Standard Encyclopedia of Southern Africa. Cape Town 7:145-50

Sunday, March 21, 2010

Bila Belanda minta tanah, kadok naik junjung: Mar 21 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Kalau mencari tempat mandi
Pertama pantai kedua teluk
Kalau mencari pemimpin negeri
Pertama pandai kedua elok.

Kalau padi yang ditanam
Jangan lalang yang naik
Jika budi yang ditanam
Jangan petualang yang bangkit.

Elok dibidang dulang suasa
Cawan perak diisi inti
Bila dikenang nasib bangsa
Awan berarak ditangisi. .

Rais Yatim. 2000. Zaman Beredar, Pusaka Bergilir. Endowment Publ, P Jaya

Tuesday, March 16, 2010

Disebalik resolusi perhimpunan agung MCA: Mar 14 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Tamadun lampau yang penuh dengan sengsara, kacau-bilau, feudalisma, peperangan, ketidak-adilan dan kebuluran telah memupuk tabii dan minda kaum Cina untuk strategi survival. Oleh itu mereka mementingkan sifat2 teras seperti kerja kuat, ekonomi kukuh, pembelajaran, persatuan, makanan untuk kesihatan dll.

Kemajuan yang hendak dicapai dalam dunia seolah melangit tidak diseimbangkan dengan etika kesederhanaan. Dari segi agama mereka (bukan Islam) kekayaan adalah tiket untuk kebahagiaan di alam barqa. Padahal untuk kesejahteraan manusia seantero buat selama-lamanya (sebelum khiamat) perlu ada "middle path" supaya tidak rakus di muka bumi ini. Kalau tidak bumi akan ketandusan bahan alam dan hidup manusia melarat seperti di Afrika.

Politik di Malaysia berasaskan perkauman. Oleh itu masing2 terpaksa mengenengahkan isu2 berbau perjuangan kaum untuk mengaut undi. Ini tidak dapat dielakan tetapi seperti Dr Ridhuan nyatakan perlu ada batasan dan kefahaman.

LKY, Mao Tze Tong, pemerintah2 Mat Saleh lampau dan sekarang faham benar the "Chinese psyche". Mereka berpendapat, authoritarian maupun dictatorship (kuku besi) adalah cara untuk memerintah bangsa Cina.

Pemerintah boleh dengar permintaan kaum2 lain tetapi perlu tegas mengikut dasar2 termaktub dalam perlembagaan dan fakta sejarah. Mereka dan generasi mereka tidak akan berhenti meminta sehingga wujudnya satu bangsa Malaysia.

Monday, March 8, 2010

Menghargai toleransi pribumi: Mar 7 2010

SUSTAINABLE LIVING INSTITUTE (SAVE) said...

Kaum pribumi mengahadapi banyak cabaran dan akan sentiasa dicabar. Sikap mereka bertoleransi diambil kesempatan untuk dieksploitasi oleh mereka untuk mengaut keuntungan berlebihan. Malahan mereka tidak akan puas dan terus mendesak, menghimpit dan memutar belit.

Saya sanjung Dr Ridhuan kerana lantang menyuarakan sikap keterlaluan Cina kiasu sambil membangkitkan kesedaran kaum pribumi. Saudara bertugas di tempat yang strategik dan giat bertelaah untuk kebaikan negara.

Allah telah menganugerahkan bumi bertuah ini dengan berbagai bangsa. Tidak dinafikan kaum-kaum pendatang banyak berjasa membangunkan negara ini. Munkin Allah berkehendakan begitu supaya pribumi tidak leka tetapi mesti berusaha mempelajari dari mereka yang tamadun dan teknologinya lebih terawal. Kesan persaingan dalam masyakat majmuk seperti di Malaysia lebih ketara sekiranya dibandingkan dengan masyarakat mono-etnik seperti di Indonesia.

Terasnya, tiap warga pribumi Melayu mesti berjuang untuk kejayaan diri dan kaumnya untuk dunia dan akhirat. Dengan itu negara akan lebih maju dan aman. Banyak masalah pribumi timbul dari sikap-sikap mereka sendiri yang membawa kelemahan dan kemunduran dalam pelbagai aspek.

Yang menghairankan Melayu yang memerintah tetapi Melayu yang susah. Orang Melayu susah menolong sebaliknya suka menyusahkan. Bangsa lain tidak akan bertungkus-lumus untuk kita. Tengok sajalah di kampung-kampung jauh dari perbandaran. Keadaan masih serba kekurangan - jalan sempit, sungai kekeringan, sawah terbiar, gigi congak tanda kurang pemakanan, penyakit berleluasan ...

Ahli-ahli politik, wakil rakyat dan ahli parlimen setelah menetap di pusat negeri atas KL mudah lupa orang kampung. Bajet banyak diperuntukan untuk membangunkan perbandaran, koridor, lebuhrraya, bangunan dan pejabat baru dsb. Menteri yang bertanggung jawab tidak lantang dengan strategi dan aksi pembangunan luar bandar.

Saya ingin bertanya, saudara Ridhuan pernah terfikir masuk politik?

Wassalam.