Wednesday, March 31, 2010

Derita rakyat raja Cameron Highlands: Mar 30 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Master Mariner Capt Rivers aka Hj Kadir telah menetap hampir 20 tahun di CH. Asalnya dari Toronto, Canada. Telah bertugas dimerata tempat sebagai polis, insuran perkapalan, menubuhkan FRU di Singapura, pengajar di Singapore Polytechnic.

Di Malaysia ia aktif dalam membanbtu keselamatan, persatuan dan masyarakat tempatan. Ia ahli sejarah dan telah menulis beberapa buah buku dan makalah.

oRivers PJ. 2004. The origin of ‘Sabah’. JMBRAS LXXVII(1):67-77
oRivers, Philip J, Capt. 2004. “1421” Voyages: Fact & Fancy. Perak Academy, Ipoh 98pp

Perpustakaannya penuh dengan buku. Sejadah terbentang tepi atas lantai tepi meja. Kini sedang menulis cerita baru berkenaan Jim Thomson.

Saya rasa dia terkilan kerana belum dapat kerakyatan Malaysia pada umurnya yang sudah lanjut ini.

March 31, 2010 9:25 AM

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Saya sokong benar didirikan Maahad Tahfiz Moden ala Andalusia. Saya berasa terharu kerana Pak Sedaro yang bukan dari CH maupun dari Pahang tahu apa nak diadakan supaya bilangan orang Melayu/Islam bertambah. Orang strategis beginilah kita hendak.

CH yang pertama diteroka oleh Camerons pada tahun 1888. Tempat yang begitu nyaman dan hubungan jalan raya sangat mudah sekarang perlu ada projek mega membina intelek Islam.

Saya fikir sesuai didirikan kampus universiti teragung ala Andalusia Orient diCH sebagai induk dan beberapa cawangan di dataran tinggi seperti Fraser's Hill, Gunung Jerai, Bkt Larut, Penang Hill dan Gunung Angsi. Ramai pelajar, pengkaji dan pakar Islam dari seluruh pelusuk dunia akan datang.

Kawasan Genting atau Janda Baik telak tidak sesuai lagi untuk membina kampus Islam kerana hub judi dan Toh Peh Kong ada diatas. Tun Razak telah membuat salah strategi kerana wang judi haram kini bercampur aduk dalam kutipan negara. Dimana negara Islam didunia ini ada Casino? Aku sajalah negara Islam. Tanggunglah bahananya. Ya Allah.

Gunung Angsi dulunya pernah dicuba tanam koko, getah, loquat dll tanaman oleh Brtish sebagai kajian.

March 31, 2010 9:51 AM

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Najib orang Pahang. Tengoklah sendiri keadaan orang Melayu CHighlands.Usahlah rebranding sana sini. MEB, GST, 1Malaysia.

Nak naikan taraf pendapatan tinggi seperti negara maju. Dengan apa, kalau makan tak cukup duit untuk sekolah anak tak cukup. Duit untuk PERMATA beratus juta! Apa realitinya. Nak tanding global tapi PPSMI diketepikan.

Keluarga dia bolehlah cakap banyak. Yang paling tinggi gaji GLC siapa? Kalau nak cepat dapatkan taraf pendapatan tinggi serahkan sebulan-dua gajinya kapada penduduk Melayu CH.

March 31, 2010 10:04 AM

No comments:

Post a Comment