Wednesday, March 3, 2010

Jom menysahkan manusia: Noh Omar: March 3 2010

SUSTAINABLE LIVING INSTITUTE (SAVE) said...

Noh, cari kerja (splitting hairs)bukan buat kerja. Sebab tak fikir panjang, tanpa menjalankan penyelidikan, ada monopoli, guna teknologi canggih tak kena tempat menyebabkan harga ikan naik tak tentu pasal. Saya kena makan ikan kerana kolesterol tinggi. Sekarang nak beli dan makan ikan darah naik tinggi pula kerana marah!

Hari itu nak beri beras. Disini saya tak dengar sapa yang miskin terima. Untuk jangka pendek boleh tetapi apa strategi untuk jangka panjang untuk meningkatkan pengeluaran padi cukup maupun lebih? Bila bilangan penduduk meningkat 50 juta, 70 juta, 100 juta mana nak dapat beras. Bilangan penduduk negara pengeksport beras seperti Vietnam, Thailand akan meningkat juga dan beras berkurangan untuk eksport. Indonesia, Jepun boleh mencukupi beras mengapa tidak Malaysia?

Digesa Malaysia menubuhkan institusi penyelidikan padi yang menyeluruh seperti kelapa sawit (MPOB), getah (MRB)dan koko (MCB). Sustainable Living Institute (SAVE) telah menghantar memorandum berkenaan hal ini pada tahun 2007 kapada Muhyiddin, Menteri Pertanian ketika itu. Kami akan kemukakan lagi kapada Noh Omar.

No comments:

Post a Comment