Posting terbaru Sanusi Junid - "Bila Melayu Mula Merapu":
1. Sedang kempen berjalan tiba-tiba terdengar kisah kehendak kerabat di raja yang mahukan si anu dan si itu wajib dimenangkan sedangkan jika dibiarkan pengundi memilih dengan bebas, sebagaimana yang semestinya di dalam amalan demokrasi, maka beliau, yang dikehendaki menang itu, dikatakan besar kemungkin akan kalah. Bermulalah proses transfomasi demokrasi yang cukup kreatif ala Melayu yang boleh dikatakan merapu.
Untuk memastikan yang mungkin kalah itu juga menang maka cara kita mengamalkan demokrasi mulai berubah dan menjadi lebih kreatif. Kononnya ahli perlu pilih yang ditunjuk dan tidak perlu perubahan kerana UMNO sudah cukup kukuh.
o Maka timbullah ide untuk mengekalkan semua dalam jawatan yang sedia ada tanpa sebarang perubahan.
o Rasa takut kepada amalan demokrasi biasa menular kerana ianya tidak menguntungkan kerabat, dinasti dan kawan.
o Apakah benar berita angin yang terdengar di kalangan orang ramai bahawa selain keluarnya arahan panduan memilih, yang turut mengancam, dan huluran rezeki penawar sebagai pengikat hati, insan di atas, lebih atas dari yang di atas, yang sepatutnya non-politik juga turut terlibat dalam kempen pemilihan UMNO.
2. Lepas pemilihan UMNO kita dengar ada di kalangan yang sepatutnya bersikap non-politik, tetapi berpolitik dalam pemilihan yang baru lalu, di belakang penjualan tanah kepada Cina.
o Betulkah itu?
o Katanya di atas tanah itu akan didirikan kompleks judi kerana ingin bersaing dengan Singapura yang sedang maju dengan pesatnya industry judi hasil dari pelaksanaan secara menang tanpi saingan di bawah idea 'Blue Ocean Strategy'.
o Sebut saja untuk bersaing dengan Singapura lupalah sesetengah dari kita mengenai dosa judi kerana seronok nak lawan dengan Singapura dan mengalahkannya.
o Kuasa politik mana yang berani tegur pihak atasan yang non-politik jika benar si dia baru saja terlibat dalam proses demokrasi terpimpin dan membantu dalam pemilihan UMNO.
3.Bukan swasta saja, malahan agensi-agensi kerajaan pun, setelah mengumpul duit rakyat dengan banyaknya terus terikut-ikut melabur di luar negara. Kerja seperti itu tidak perlu pandai sangat untuk menguruskannyaa, apatahlagi jika kita sanggup bayar harga harta yang kita beli lebih mahal dari harga yang orang lain mahu beli.
4. Bila pasukan bola sepak kitaa kalah perkaraa pertama yang dibuat ialah merenovasi stadium bola-sepak dan bukan mencari jalan supaya dalam stadium seburuk mana pun pasukan lain tidak menang mengalahkan kita. Bila dua pasukan bermain bukan mereka main di lain-lain padang.
Seolah-olah kita kalah kerana salah stadium dan bukan salah cara atau kemampuan kita. Sepertinya kalah dalam permainan bola-tangkis kerana raket.
5. Lepas itu kita dengar pula kecaman ke atas isteri Perdana Menteri kerana menggunakan jet kerajaan untuk lawatan keluar negara. Bertengkarlah pemikir-pemikir Melayu sehinggalah Perdana Menteri sendiri terpaksa membela isterinya secara rasmi dalam ucapan penutup Perhimpunan Agong UMNO.
o Lupalah rakyat fasal kapal-terbang dan mula kesal terhadap Perdana Menteri.
6. Kita dengar pula banyak kapal-terbang di KLIA untuk kegunaan VVVIP. Tengah rakyat berhujjah mengenai sebab musabab perlunya banyak sangat kapal-terbang tiba-tiba Perdana Menteri Turkey pun membuat lawatan rasmi ke Malaysia dengan menggunakan kapal-terbang milik swasta Turkey dan tidak pakai jet khusus untuk Presiden.
7. Harga barang naik, gaji pegawai dan kakitangan kerajaan juga naik tetapi rakyat yang bukan kakitangan kerajaan siapa pula yang nak tolong? Itu yang dipersoalkan.
Jawapannya 'Tidak mengapa. Kalau harga tol naik jangan guna jalan bertol.'
'Kalau harga ayam naik jangan makan daging ayam.'
Lojiknya, 'Kalau harga beras naik, jangan makan nasi.'
8. Memanglah dulu ada seorang Menteri yang tak begitu cerdik, walaupun pandai, yang menangkap seorang anggota parti pembangkang dengan menggunakan kuasa di bawah ISA. Bila ditanya pada Menteri itu kenapa anggota parti pembangkang itu ditangkap dan dipenjarakan jawabnya, 'Untuk menjaga keselamatan anggota parti pembangkang itu, kerana, kalau tidak ditangkap ramai orang yang hendak memukul beliau.' Tak tahu pula saya boleh ditangkap orang supaya dia selamat dan bukan kerana dia jahat. Inilah merapu namanya.
9. Saya pernah Tanya kepada Perdana Menteri kenapaa Menteri begini dikekalkan dalam jawatan, Perdana Menteri menjawab kerana Menteri itu berpengaruh dalam pertubuhan belia. Bila saya bertanaya pada Menteri berkenaan kenapa dia tidak berhenti dari memimpin belia sedangkan 4 tahun berturut-turut tidak diadakan Mesyuarat Agung dia menjawab kalau dia berhenti nanti jawatan Menterinya juga hilang.
10. Apa yang ramai penyokong Dato' Seri Najib ingin lupakan ialah kenyataan Tun Dr. Mahathir bahawa desakannya bertujuan supaya Dato' Seri Najib mengubahkan dasarnya ATAU berhenti dari jawatannya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional tidak kalah dalam PRU ke 14 yang akan datang. Mengikut analisa Tun Dr. Mahathir kalau dasar tidak diubah dan Dato' Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri maka UMNO dan Barisan Nasional akan kalah.
11. Tun Dr. Mahathir ialah seorang yang mengenang budi Tun Abd. Razak yang membawa beliau balik ke dalam UMNO setelah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman. Saya pun terhutang budi kepada Tun Abd. Razak kerana meletak saya sebagai calon dalam pilihanraya tahun 1974 walaupun ditentang oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kedah kerana saya tidak bayar yuran ahli UMNO sejak saya meninggalkan UMNO Bahagian Seremban Timur pada akhir 1960an. Tun Abd. Razak memaklumkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Pahang bahawa saya ahli UMNO Pekan selama 5 tahun sebelum Pilihanraya 1974. Tun Abd Razak sendiri yang membayar yuran UMNO saya.
12. Beliau sangat yakin UMNO kini sudah kena penyakit yang boleh membawa kepada kekalahan dalam pilihanraya jika tidak diobati. Oleh itu, Tun Dr. Mahathir tidak akan peduli apa yang orang kata padanya, atau caci hamun yang dilemparkan kepadanya, dia tetap akan menjalankan 'pembedahan' sehingga UMNO sembuh semula.
No comments:
Post a Comment