Wednesday, November 18, 2015

GENERALISMO JAKIM YaPIEM GOLFO KHIR FUCKEDA

(Rujuk Tukar Tiub)


BENARKAH WANG YaPEIM RM 290,000 DIGUNAKAN UNTUK PENGANJURAN KURSUS PERKAHWINAN DI PARIS YANG DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI JAMIL KHIR BAHAROM? 
Saya terkilan dengan keengganan YB Tuan Haji Jamil Khir Baharom untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan sebaliknya masih meneruskan ugutan untuk menyaman saya.
Maka, disini saya tampil untuk pendedahan berikutnya mengenai bagaimana wang YaPEIM telah digunakan untuk penganjuran program di Paris, Perancis yang tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.
Berdasarkan bukti yang diterima oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), terdapat 2 buah program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan’ telah diadakan secara berturut-turut di Paris pada hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015.
Aktiviti pertama dibiayai menggunakan wang YaPEIM dikenali sebagai ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah’ yang berlangsung bagi tempoh 20 Disember 2014 sehingga 28 Disember 2014 dengan jumlah kos RM 176,500.00.
Pembiayaan kedua pula dibuat atas nama ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’ yang berlangsung bagi tempoh 29 Disember 2014 sehingga 3 Januari 2015 dengan jumlah kos RM 113,500.00.
 Kedua-dua program ini dikatakan hanya melibatkan 100 orang peserta iaitu terdiri rakyat Malaysia yang belajar atau menetap di Paris.
Manakala, jumlah keseluruhan wang YaPEIM yang telah diambil dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) untuk kedua-dua program ini adalah RM 290,000.00.
Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan,
1.      Benarkah kedua-dua program ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji  Jamil Khir Baharom?
 2.      Apakah kewajaran menggunakan wang YaPEIM bagi penganjuran Kursus Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan di Paris dengan kos RM 290,000 yang berlangsung selama 14 hari atau 2 minggu di Paris, Perancis?
 3.      Mengapa dana YaPEIM digunakan untuk penganjuran kursus ini dan dibayar melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)?
 4.      Tidak adakah anak yatim atau miskin di Malaysia ini yang lebih layak dan memerlukan untuk dibantu oleh YaPEIM?
Jika Tuan Haji  Jamil Khir beranggapan penggunaan wang YaPEIM RM 290,000 untuk penganjuran program di Paris dan sebelum ini RM 590,000 di Amerika Syarikat tidak salah kerana mengikut prosedur, ini akan menimbulkan persoalan mengenai intergriti dan moral beliau yang membiarkan pembaziran ini berlaku sedangkan beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab.
Saya yakin lebih setengah juta rakyat Malaysia yang membuat potongan gaji tiap-tiap bulan untuk didermakan kepada YaPEIM adalah untuk tujuan amal jariah dan kebajikan, bukan dibelanjakan untuk penganjuran program-program di luar negara.
Nasihat saya kepada beliau selaku Menteri Hal Ehwal Islam, jawablah persoalan-persoalan ini dengan rakyat di luar sana dan bukan dengan saya di mahkamah.
 AKMAL NASIR

No comments:

Post a Comment