Kalau dahulu kita jual negara kapada British kali ini kapada Cina. Siapa pembelot sedia maklum. Apa hukum pembelot? Tali gantung.
Pada tahun 1873, perang saudara berlaku sekali lagi di negeri Perak.
Ketika itu, Ngah Ibrahim memerintah daerah Larut bermula dari Sungai Krian di utara sehingga Sungai Beruas di selatan.
Raja Larut Ngah Ibrahim dikenali pegawai British Frank Swettenham sebagai seorang keturunan campuran India, pintar dan pandai berniaga.
Dalam pergaduhan Raja Abdullah dengan Raja Larut Ngah Ibrahim, kongsi gelap Cina puak Kantonis Ghee Hin berpihak kepada Raja Abdullah sementara kongsi gelap Cina puak Hakka Hai San menyebelahi Raja Larut.
Raja Abdullah bersama Ghee Hin berperang dengan Raja Larut yang sekutunya ialah Hai San.
Peperangan di antara kedua orang pembesar Melayu itu membuka peluang bagi Gabenor Negeri-Negeri Selat Andrew Clarke untuk campur tangan. Menerusi Perjanjian Pangkor 1874 yang diusahakan British, Raja Abdullah dinaikkan ke taktha.
BAWAH: Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal wap yang dinamakan Pluto
Hasil daripada Perjanjian Pangkor, J.W.W. Birch juga dilantik menjadi Residen British yang pertama negeri Perak.
Perjanjian Pangkor telah mengorak langkah bagi orang Inggeris menguasai negeri-negeri Melayu apabila Birch dibunuh. Kejadian tersebut menjadi alasan untuk British menghantar tentera mereka.
Pekan Larut kemudiannya ditukar nama kepada Taiping.
No comments:
Post a Comment