Tuesday, February 7, 2017

KAMBING KORBAN NAJIB - ANNUAR DAN JAMAL


Masa Mahathir dahulu, Annuar antara lineup up-and-coming. Ia diharapkan dapat merampas Kelantan daripada PAS. Beliau pernah jadi Menteri Belia dan Sukan, dan Menteri Kemajuan Luar Bandar. 

Najib mahu simpan Annuar, bukan sebagai menteri, memadai dengan Pengerusi Perhubungan UMNO. Bukan Annuar dulunya pilihan Mahathir!

Walaupun portfolio Annuar telah diperkecilkan tetapi masih mahu berlagak sebagai menteri. Sebagai pengerusi MARA dia fikir boleh seleweng duit untuk bola. 

Hairan TMJ lebih tahu hal ini padahal MARA adalah dibawah kementerian Ismail Sabri! Implikasinya: i) Annuar tidak akur tatsusila perbelanjaan Kementerian, ii) Ismail tidak memantau perbelanjaan Kementerian, iii) TMJ ingin bersihkan arena bolasepak dan Annuar tidak layak sebagai Presiden FAM kiranya dilantik.

Ismail kata dia tidak tahu menahu penyelewengan duit MARA untuk KAFA dan akibahnya Annuar digantung jawatan sebagai Pengerusi MARA.  Dengan berkata begitu Ismail ingin menunjukan ada arahan dari pihak atas. Najib terpaksa berkata "let the law takes its process".

Najib bergelumang dengan tahi (1MDB). Kerana hendak bersihkan diri (dan UMNO) dia perlu menunjukan kesungguhannya kapada rakyat. Kononnya. Najib perlu bikin sendiwara dan kontroversi dengan kerap supaya 1MDB tidak terus menerus hangat.

Annuar dan Jamal adalah kambing korban. Akan ada lagi mangsa2. Dialam paranoia, sesiapa tidak boleh silap langkah, ia akan jadi alasan untuk dikambing hitamkan.

No comments:

Post a Comment