Monday, February 13, 2017

MELAYU DICINA BUTAKAN


The Scribe A Kadir Jasin:

Bandar Malaysia di tapak pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur dan Forest City di Johor adalah dua metropolis China terbesar di dunia.

Forest City boleh menampung 700,000 penduduk dan Bandar Malaysia yang asalnya milik 1MDB akan menjadi bandar bawah tanah buatan China yang terbesar di dunia dengan nilai kasar pembangunan (GDV) RM150 bilion.


Adakah kita serah bulat-bulat kepada selera besar China dengan melacurkan negara kita kerana kita kemaruk duit atau kita bertindak secara terhormat selaras dengan kedudukan kita sebagai negara merdeka?

Perlukan kita memberi taraf pemilikan tetap (freehold) kepada hartanah yang sedang dibangunkan oleh China macam di Forest City sedangkan kepada rakyat jelata kita sendiri kita makin utamakan pajakan 99 tahun?

Kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak sedang kelemasan akibat hutang 1MDB lebih RM50 bilion dan sedang mencari sumber kewangan baru bagi membiayai kegiatan politiknya.

Tetapi apakah sampai menjadikan Malaysia negara sundal dan gundik kepada negeri China?

Ini bukan isu emosi atau cauvinisme tetapi realiti geopolitik di mana China sedang membina sfera politiknya sendiri bagi melawan Amerika, India dan Eropah dalam perlumbaan menguasai sumber mentah dan pasaran.

Apakah kita akan membiarkan Najib dan konco-konco beliau mengorbankan dasar berkecuali dan bebas kita semata-mata untuk mencari duit bagi menimbus bangkai 1MDB yang beliau sendiri cipta?



Chedet:

7. Sahkan juga bahawa tanah ini disewa dan bukan dimiliki kekal seperti yang tertulis di papan tanda yang didirikan dan siaran kepada bakal pembeli dari Cina.

8. Dahulu, di waktu kita kurang bijak, Singapura telah dijual ke British. Sekarang ini Singapura menjadi negara asing yang tidak mungkin dikembalikan kepada Johor.


9. Penjualan tanah untuk dibangun dan diduduki oleh orang asing selama-lamanya tidak banyak berlainan dengan penjualan Singapura.

No comments:

Post a Comment