Tuesday, February 28, 2017

GST GASAK RM39B, BR1M BAGI RM6.8M


(ubahsuai: The Scribe A Kadir Jasin)

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan sahkan kepada Badan Penyiaran British (BBC) yang MO1 itu adalah Najib.

Abdul Rahman tunjuk Najib sebagai MO1

Rahman tentu berasa ghairah ala celebriti bila diwawancara oleh BBC hingga mulut terlajak mengesahkan siapa dia MO1. Akibatnya, Rahman kini telah dilenyapkan entah kemana! 

Tahun lepas 7.2 juta orang minta BR1M tapi tahun ini 8.2 juta.  Naik satu juta orang. Maksudnya dalam masa 12 bulan sejuta orang rakyat jelata kita jatuh ke dalam bakul kemiskinan 1MDB.



"Kutipan GST tahun 2016 kira-kira RM39 bilion. Bilangan isi rumah di Malaysia 6.35 juta. Jadi bayaran purata GST setiap isi rumah kira-kira RM6,141 setahun. 

“Ini anggaran kasar sebab perniagaan pun bayar GST. Saya tidak tahu peratusan GST yang dibayar oleh pengguna dan perniagaan."


BR1M dijangka akan dinikmati oleh tujuh juta penerima dengan jumlah besar RM6.8 juta. Maksudnya apa yang dibagi sebagai BR1M hanyalah sebahagian kecil saja daripada beban GST yang ditanggung oleh rakyat jelata. Kerajaan kutip RM39 bilion tapi bagi balik RM6.8 juta. 



Orang tak percaya kepada kita pasal Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kata, MO1 (Malaysian Official 1) atau Pegawai Nombor 1 Malaysia adalah seorang kleptokrat. (Kleptokrat dari bahawa Greek yang bererti pemimpin yang curi duit negara dan duit rakyat jelata).

Jadi DoJ guna KARI - Kleptocracy Asset Recovery Initiative - untuk rampas duit 1MDB yang kleptokrat curi.

No comments:

Post a Comment