Wednesday, July 26, 2017

APANDI DAN BUGIS SE LOKAP?


DR Mahathir hari ini menuduh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berbohong kerana menyimpan laporan 1MDB yang dibuat bekas peguam negara Abdul Gani Patail.

Di dalam blognya chedet.cc hari ini, Dr Mahathir berkata Apandi harus meletakkan jawatannya kerana meletakkan laporan 1MDB itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Saya tahu isi kandungan laporan Bank Negara, SPRM dan Gani Patail yang dihantar kepada Apandi.

"Saya tahu apa yang dilaporkan Bank Negara kerana Gani menunjukkannya kepada Muhyiddin Yassin semasa masih menjadi timbalan perdana menteri.
Kata Dr Mahathir lagi, Apandi masih lagi memegang jawatannya itu kerana dilindungi Najib dan begitu juga sebaliknya.

"Saya tidak akan mencabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan. Saya tahu Apandi berbohong, sebab itu dia letak laporan itu di bawah OSA. Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Bersumpahlah jika berani." 

Menurut Dr Mahathir, wang tidak boleh dipindahkan daripada satu pemilik kepada pemilik lain tanpa surat-menyurat. Apabila ia melibatkan wang berjumlah berbilion ringgit, tidak mungkin ia disimpan dalam bentuk tunai.

"Sudah tentu ia perlu disimpan di bank," katanya.

"Bank akan memasukkan segala butir berkenaan pemilik akaun, jumlah, mata wang, tarikh ,bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli.

"Tak mungkin wang tunai sebanyak itu akan digunakan. Semua transaksi menggunakan cek dan segala-galanya akan ditulis dalam cek berkenaan dan buku akaun bank," kata Dr Mahathir lagi.

Beliau berkata terdapat banyak dokumen yang diperlukan bagi mengesahkan berlakunya segala transaksi, termasuk yang dikeluar dan diterima oleh pihak bank, tetapi tidak diserahkan. Beliau turut menambah yang jejak aliran kertas itu diperlukan jika ingin siasatan dijalankan.

"Tetapi dalam kes US$681 million bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan oleh penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak kepada Najib.

"Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini.

"Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi. Cakap mulut Arab, Najib dan peguam negara tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca AS$681 million yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar."

Dr Mahathir berkata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memberikan penjelasan menyeluruh tentang aliran dana daripada 1MDB kepada syarikat dan bank di Kepulauan Cayman, British Virgin Islands, Singapura dan akhirnya Najib. Dana itu kemudian dipindahkan, melalui beberapa bank dan syarikat, kepada Jho Low.

"Jika DoJ membohong, samanlah jabatan ini. Tetapi Apandi atau Najib tidak saman walaupun tuduhan itu kena pada batang hidung mereka."

Beliau berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB, mempersoalkan mengapa jenayah semasa boleh disembunyikan apabila isu 30 tahun, merujuk kepada skandal forex Bank Negara, diperiksa semula.

Beliau berkata, kebimbangan untuk menubuhkan RCI hanya membuktikan terdapatnya perbuatan salah laku. – 26 Julai, 2017.

No comments:

Post a Comment