Saturday, July 15, 2017

UNCLE SAM DILANCAP BUGIS


Bugis curi berbilion duit rakyat dan mendobinya di Amerika. Penipuan ini mencabar sistem kewangan mereka. Dia sangka Amerika bodoh. Uncle Sam telah dilancap Bugis (yang tidak ada degree pun!).

Setelah Amerika dilancap Bugis berdalih kapada Cina untuk mendapat sokongan. Cina lebih cerdik. Dia lancap Malaysia di Johor dengan mendapat tanah kekal. 

Amerika tidak risau atau marah. Ia masak dengan mainan catur dunia. Ia sengaja menunggu helah untuk imperialism. Amerika akan ledak Malaysia seperti di Iraq, Afghanistan, Libya, Syria, Somali? Tidak. Ini berdasarkan beberapa faktor:

i) Anwar, kesayangan mereka pada satu ketika dulu dijangka bebas selepas PRU14 kiranya Pakatan Harapan menang. Amerika tidak perlu buat apa2 untuk pegang Anwar kembali. Dengan itu Amerika akan sokong supaya PH menang.

ii) Kiranya kleptokrat Bugis terus berkuasa negara kita  dengan tersendirinya merudum sehingga rakyat kacau bilau. 

iii) Cukup bagi Amerika dengan (covert) main gertak , acah sana, jolok sini  (WSJ, Bloomberg) untuk memburukan keadaan ekonomi.

iv) Amerika telah tunjuk kapada dunia apa yang boleh buat dengan MH370. (Russia dengan MH317). Malaysia masih terpinga2!


Bila Amerika meledakan:

 Warga Iraq yang telah gugur berjumlah 1,455,590. Jumlah soldadu Amerika yang gugur dalam Perang Iraq ialah 4,802. Jumlah soldadu sekutu Amerika yang tewas dalam Perang Afghanistan ialah 3,487.

Ini belum diambil kira yang cedera parah. Yang putus tangan dan kaki. Yang cedera  saraf. Yang cedera jiwa. Yang terus merana gila akibat dadah.

Jumlah perbelanjaan perang di Irag dan Afghanistan ialah $1,772,537,275,740 dolar.  Ini belum diambil kira perbelanjaan perang di Syria.


Mengikut kajian pemenang Hadiah Nobel Ekonomi Joseph E Stiglitz dan pensyarah ekonomi  Linda J. Bilmes dari Jabatan Ekonomi Havard  Universiti setiap minit jumlah belanja perang di Iraq akan bertambah  500,000  dolar. Ertinya perang Iraq memakan belanja  720 juta dolar sehari.

Jumlah dana yang digunakan sehari dalam Perang Iraq boleh  mendirikan rumah untuk 6,500 keluarga Amerika atau memberi khidmat perubatan percuma kepada 423,529 kanak-kanak Amerika. Atau  memberi tenaga leterik percuma  kepada 1.27 juta rumah di Amerika. Data  ini dilaporkan oleh  akhbar Washington Post pada 22 September 2007.








(rujuk tt)

No comments:

Post a Comment