Tuesday, November 20, 2018

NYENYAK DIDENDANG KHUTBAH


Tiap Jumaat lebih ramai kaum Muslimin mendondong kemasjid, rumah Allah. Sembahyang. Alhamdulillah.

Adakah syaitan lebih ramai berkeliaran pada hari Jumaat? Mereka sentiasa mencari jalan menahan agar ramai tidak kemasjid. Macam2 helah digunakan. Letih. Banyak kerja. Urusan2 persendirian. Alpa. Pelbagai lagi.

Bila dalam masjid, semasa khutbah ramai mukmin mengantuk dan lelap mata. Baik tua atau muda. Baik pak lebai maupun haji. Dianggarkan 60-70% dalam buaian tidur. Adakah ini kerja syaitan? Kelopak mata jadi berat. Telinga dipekakan. Salahkan sendiri, iman tidak kuat! 

Alhamdulillah, kebanyakan masjid ada hawa-dingin. Air paip mudah tetapi melimpah dibazirkan. Wudu' punya basuh seolah kotor sangat dan tidak mandi sunat Jumaat.

Keadaan nyaman lagi selesa tetapi menguja iman? Adakah kandungan khutbah yang disampaikan sudah membosankan kerana diulang acap kali? Ada kalanya cara penyampaian hanya senada, ada pula seolah menjerit untuk menekankan isu.

Dalam khutbah selalu doakan para mujahidin dan  kaum Muslimin dimerata dunia aman dan maju.  Doa itu bagus tetapi kurang aksi. Bijak kiranya, pada masa yang sama ada kantung derma untuk Rohinya, Yaman, Palestin, Kashmir, Somalia, Afghanistan … bukan hanya sedekah untuk masjid sahaja. 

Kutipan tiap Jumaat biasa dipaparkan dan jumlahnya kian bertambah. Sebahagianya patut disedekahkan kapada Muslim luar negara. Bukan hanya kapada qariah. Ada masjid berasa bangga dapat kumpulkan banyak dana tetapi tujuan utama ialah membuat masjid baru.

Pejabat ugama perlu membaiki kandungan khutbah supaya tidak membosankan.

No comments:

Post a Comment