Wednesday, January 23, 2019

NAJIB - MASUK JAIL ATAU GILA






Najib bersama Datuk Syed Abd.Rahman al-Habshi, pegawai Konsulat Mongolia di Malaysia. 

Selepas pembunuhan Altantuya, Datuk Syed Abd.Rahman telah menghubungi Stev Shaaribuu (bapa Altantuya) dan memberitahu "Saya bersedia melakukan apa saja untuk menolong anda."  Stev semakin yakin apabila Datuk Syed dilihat menyebelahinya dengan mendedahkan rahsia : "Kerajaan Malaysia bersedia untuk membelanjakan Euro 500 ribu untuk menutup kes pembunuhan ini."

Bila Datuk Syed meminta daripadanya segala dokumen (gambar, laptop, filem, file komputer) untuk membantu siasatan kes pembunuhan anaknya, tanpa berfikir panjang Shaaribu menyerahkan segala dokumen yang diambil dari apartmen Altantuya di Ulan Bator.

Diplomat 'talam dua muka' ini hanya menyimpan segala dokumen milik Altantuya sebagai simpanannya. Tidak diserahkan kepada mahkamah, atau dedahkan ke laman website berita internet. 

Shaaribuu telah meminta Kementeriaan Luar Mongolia memecat Datuk Syed daripada jawatan sebagai Pegawai Konsulat. 

Datuk Syed memberitahu Shaaribuu : "Diberikan saya kedudukan yang tinggi dalam UMNO, adalah mustahil untuk saya menentang Najib Razak." 

Raja Petra Kamarudin (RPK) pernah mendedahkan tentang pertemuannya dengan Datuk Syed di Bangsar. Dalam pertemuan itu, Datuk Syed memberitahu RPK bahawa Rosmah yang mengarahkan pembunuhan Altantuya. Dia juga bagitau kat RPK bahawa KPN nasihatkannya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi PM. 



















(petikan dari tt)

No comments:

Post a Comment