Tuesday, January 22, 2019

NAJIB NGAKU SALAH ATAU GILA



Hadir mahkamah:Kenyataan terbaru boleh dijadikan bukti
Najib: 1MDB bukan silap saya seorang, seluruh sistem gagal (Malaysiakini).

Najib: 1MDB not one man's fault, it's a systemic failure (Malaysiakini).

Skandal 1MDB: Jangan salahkan saya, ia kegagalan sistem, kata Najib (Free Malaysia Today).

Najib Blames ‘systemic failure’ in 1MDB (Malaysian Insight).


Di atas adalah beberapa tajuk berita berkaitan jawapan bekas Perdana Menteri,  Mohd Najib Abdul Razak, kepada wartawan di Cameron Highlands 18 Januari lepas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang bertanya jika Najib juga akan meminta maaf selepas bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs, menyatakan rasa kesal dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas peranan bekas pegawai tingginya, Tim Leissner, dalam skandal 1MDB.

"Kami telah meletakkan sistem termasuk Goldman Sachs dan semua juru audit, mereka sepatutnya memberitahu kami jika ada sebarang perkara yang tidak dijangka berlaku. Kami juga ada lembaga pengarah, pengurusan dan lain-lain lagi.

"Jadi ia kegagalan seluruh sistem. Ia (kesilapan) tidak boleh hanya diletakkan kepada hanya seorang saja, ia kegagalan seluruh sistem," kata Najib.


Tetapi sehingga sekarang tidak terbaca penjelasan atau penafian daripada bekas “Malaysian Official One” atau Pegawai Nombor Satu Malaysia itu, maka kesimpulannya benarlah dia membuat kenyataan tersebut.

Dalam bahasa paling mudah, dia mengaku terbabit dengan skandal 1MDB cuma bukan bersendirian tetapi bersama dengan orang lain.

Konspirasi 1MDB

Satu dunia sudah tahu bahawa 1MDB adalah sebuah persepakatan atau konspirasi penipuan yang melibatkan banyak orang dan pihak di dalam dan luar negara.

Kita tahu Jho Low terlibat. Kita tahu Goldman Sachs terlibat. Begitu juga beberapa buah firma perakaunan antarabangsa.

Juga terlibat adalah Arul (Azrul) Kanda Kandasamy, Khadem al-Qubaisi, Mohammad Al Hussaini, Ahmad Maslan dan Shahrir Samad. Malah banyak lagi.

Mereka ini terlibat menipu negara dan rakyat jelata melalui operasi 1MDB, melindungi kesalahan, menerima dan mengubah duit haram yang berasal dari operasi songsang 1MDB, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Cuma yang mengejutkan adalah Mohd Najib sendiri secara terbuka mengaku kepada khalayak ramai bahawa beliau terlibat bersama beberapa orang lain dalam skandal yang menyebabkan terjadi kegagalan sistemik dalam 1MDB.

Mohd Najib dan beberapa orang yang bersubahat dengan beliau telah pun dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan melibatkan penyonglapan, pecah amanah dan pembersihan duit haram 1MDB.

Lain yang turut dituduh adalah isteri Mohd Najib, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, Jho Low, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri “Kasut Merah” Irwan Serigar Abdullah, bekas pendakwa raya kes Liwat 2 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Arul Kandasamy.  


(ubahsuai The Scribe)

No comments:

Post a Comment