Monday, August 28, 2017

DEMI ALLAH - JIHAD MASJID AL-AQSA


 Masjid al-Aqsa. Berikut adalah rumusannya :

1. Adanya pagar yang mengelilingi kawasan masjid
Pagar inilah yang menandakan batasan masjid. Tanah yang diatasnya merupakan tapak Masjid al-Aqsa yang dulunya merupakan tanah kosong yang mendatar tinggi sebelum ia diratakan.

2. Masjid al-Aqsa mempunyai 15 pintu
Di antara 15 pintu, 10 pintu masih terbuka manakala 5 yang lainnya ditutup sejak zaman Salahuddin al-Ayyubi (setelah pembebasan Masjid al-Aqsa). Penutupan pintu masjid untuk menjaga keamanan dari serangan luar. Pintu-pintu yang terbuka berada di pagar masjid sebelah utara dan barat, sedangkan pintu-pintu yang ditutup berada di pagar sebelah timur dan selatan.

3. Terdapat beberapa Menara masjid di berbagai sudut
Menara merupakan bagian tidak terpisahkan dari masjid yang digunakan untuk mengumandangakan azan dan Masjid al-Aqsa mempunyai 4 buah.

4. Terdapat 15 kubah di kawasan masjid
Kelima belas kubah kubah ini dibangun berdasarkan zaman pemerintahan Islam yang berkuasa ketika itu bermula dari pemerintahan Bani Umayyah, Ayyubiyyah, Mameluk dan terakhirnya zaman Ustmaniyah. Tiap-tiap pemerintahan mempunyai ciri-ciri reka bentuk dan pembinaan khasnya.

5. Terdapat banyak sekali masthabah (halaman untuk belajar dan menimba ilmu) di dalam kawasan masjid
Masthabah ini merupakan laman di kawasan masjid yang digunakan untuk mentelaah dan mepelajari pelbagai ilmu.

6. Pintu al-Magharibah
Rasulullah SAW ketika perjalanan menuju ke langit (Isra’), berhenti di Masjid al-Aqsa lalu mengikat buraqnya pada dinding yang sekarang dikenali sebagai dinding buraq sebelum memasuki Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Magharibah.

7. As-Sakhrah al-Musyarrafah
Tempat ini menjadi kiblat apabila Nabi Muhammad SAW mengimamkan para nabi dan rasul yang terletak di jantung kawasan Masjid al-Aqsa.






8. Perjanjian UmarPerjanjian yang ditulis oleh Khalifah Umar kepada penduduk al-Quds ketika membebaskan kota itu. Antara isinya adalah usaha pengurusan masjid tersebut yang pad ketika itu tidak terurus. Pembersihan ini menandakan kemuliaan tempat yang menjadi kiblat pertama umat Islam.


9. Masjid al-Qibli (batas paling selatan al-Aqsa)
Setelah pembebasan Masjid al-Aqsa, tejadinya perbezaan pendapat di kalangan para sahabat tentang arah kedudukan tempat solat, sama ada di belakang as-sakhrah atau mengahadap kiblat masjid (selatan)? Ka’ab al-Ahbar seorang ahlul kitab yang memeluk Islam telah mengusulkan kedudukan Imam di belakang as-sakhrah agar dapat menyatukan kiblat Yahudi dan Islam, namun pendapat tersebut ditentang oleh khalifah Umar yang menyatakan bahawa Ka’ab masih terpengaruh dengan unsur-unsur Yahudi. Akhirnya Umar memerintahkan kedudukan dijadikan tetap berada di hujung selatan iaitu arab kiblat, yang sekarang disebut dengan Masjid al-Qibli yang juga menandakan Batasan Masjid al-Aqsa yang paling selatan.

10. Kedudukan Masjid al-Aqsa menghadap kiblat (tenggara)
Kedudukan geografi bangunan Masjid al-Aqsa yang menjurus kea rah kiblat di bahagian tenggara. Secara semula jadi kedudukan ini sudah terjadi semenjak awal penbinaannya lagi dan dibuktikan juga secara saintifik.

11. Tempat pertemuan tiga benua
Terdapat bukti-bukti sejarah serta peta kuno yang menjelaskan bahawa al-Quds berada di tempat pertemuan tiga benua kuno, Asia-Eropah-Afrika.

12. Bentuk kawasan Masjid al-Aqsa secara keseluruhan
Bentuk kawasan Masjid al-Aqsa menyerupai bentuk Ka’abah ketika didirikan pada masa Nabi Ibrahim AS. Salah seornag peneliti Palestin, Dr. Haitham ar-Ratrut menyatakan yang persamaannya adalah pada bentuk dan sudut kedua bangunan dan bukan pada panjang lebarnya.

13. Definisi Masjid al-Aqsa menurut Imam Ibnu Taimiyah
Imam Ibnu Taimiyah mentakrifkan Masjid al-Aqsa sebagai keseluruhan tempat sembahyang di kawasan berpagar.

14. Tempat-tempat bersejarah
Kawasan Masjid al-Aqsa penuh tempat-tempat bersejarah antaranya sudut Imam al-Ghazali yang berada di atas pintu ar-Rahmah.


AQSA SYARIF
Aqsa Syarif Berhad kini dikenali sebagai Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) mulai 16 Julai 2014. Bermula pada 1 Januari 2015, Aqsa Syarif dikendalikan sebagai sebuah agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad di lokasi baru berikut:
1) Alamat:
No. 9, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sungai Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan,

MALAYSIA

(Koordinat: 3.024969, 101.716761 atau 3°01'29.9"N 101°43'00.3"E)

2) No. Telefon: +603-8941 2341
3) No. Faks: +603-8941 2034
4) Email: admin@mycare.org.my



Telah didaftarkan pada 4 Februari 2010 dan bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang memerlukan. Sehingga 20 Mei 2014, Aqsa Syarif telah menyalurkan bantuan rakyat Malaysia sebanyak RM26.33 juta kepada lebih 80 projek di Gaza, Tebing Barat, Baitul Makdis, Syria, Lubnan dan di Malaysia.

Menyedari betapa banyaknya isu kemanusiaan yang perlu diberikan perhatian, Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah bersetuju untuk mengembangkan operasi bantuan kemanusiaan ke negara-negara lain. Oleh itu, Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) telah diwujudkan pada 16 Julai 2014 untuk meluaskan bantuan kemanusiaan ke seluruh negara.

Maka, Aqsa Syarif kini berperanan sebagai salah satu daripada enam buah agensi yang bernaung dan ditadbirkan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad. Semoga dengan ini, lebih banyak bantuan akan dapat disalurkan.



No comments:

Post a Comment