PETOT BIC MAMA KATO:
Petot Isa ado bini baghu tontu lobih chun dan mudo dari Bic Mama. Yang naik margah tu dio nak bolagak macam Bic Mama pulak.
Bilo Petot Isa poui mesyuarat dio pun ado samo meyompit. Menyampah kolakuan dio. Den borghitau Bang Najib jangan tolong lakie. Bia de masuk lokap.
Isa ni pulak satu hal. Boto ko dio simpan rahsio ateh katil kek PD? Sampai boghani buek suko hati mencabar laki den. Bilo dio masuk jail habih corito.
Dah dapek Pongorusi Felda nak hontam duit bojuta. Osah tak botimbang rhaso. Macam melopehkan anjing tosopit. Baik kau masuk lokap.
PETOT ISA
(ubahsuai: shahbudin com)
Beliau tidak percaya akan direman dan akhirnya perlu bermalam di lokap SPRM selama lima hari. Isa Samad juga diberitakan selalu menyebut, "Takkan Najib nak tangkap saya".
Tidak pasti apakah yang menyebabkan Isa Samad terlalu yakin dengan perkara itu, tetapi dipercayai kerana hubungan rapat dan mesranya dengan Najib Razak selama ini.
Apakah perkara yang melibatkan Isa Samad terlalu besar sehingga sukar bagi Najib mempertahankannya atau memang Najib mahu menjadikannya sebagai "kambing hitam" untuk menunjukkan ketegasannya memerangi rasuah?
-----------
(ubahsuai: Tukar Tiub)
-----------
(ubahsuai: Tukar Tiub)
UNTUK MENYELAMATKAN NAJIB DAN KAPAL GEROMBOLAN DARI TENGGELAM. SPRM DIGUNAKAN UNTUK MENGOLAH PESETUJUAN BAHAWA NAJIB BENAR MELAWAN RASUAH.
SEMUA INI SANDIWARA YANG DIPENTASKAN OLEH SPRM TUJUAN UNTUK MENUTUP KES NAJIB CURI DUIT 1MDB DAN REMBAT DUIT SRC SDN. BHD.
ISA SAMAD ADALAH IKON KEBENCIAN WARGA FELDA. DIA DILIHAT MENIPU KES SAHAM FGV SEBAGAI PUNCA MASAALH FELDA. MAKA ISA SAMAD DILOKAP BERTUJUAN UNTUK MEREDAKAN KEMARAHAN WARGA FELDA.
MAKA SOSOK YANG DIBENCI OLEH WARGA FELDA DIKORBANKAN JIKA TIDAK WARGA FELDA AKAN MELOROH MENGUNDI PAKATAN HARAPAN DALAM PRU14.
SEBENARNYA KEPALA TAIK YANG KACAU BILAUKAN MENIPU WARGA FELDA BELI SAHAM FGV IALAH NAJIB SENDIRI.
--------
(ubahsuai: shahbudin com)
Pembelian hotel di London oleh Felda perlu melalui proses kelulusan iaitu perlu dibawa dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi kerana ia melibatkan pelaburan luar negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri di samping menteri kanan yang lain.
Jika Isa Samad direman dan disiasat atas dakwaan menerima suapan dari pembelian hotel tersebut maka Dato’ Seri Najib Razak dan anggota Majlis Ekonomi yang lain juga perlu disiasat untuk menentukan sama ada mereka juga menerima habuan/suapan kerana mereka (PM dan anggota Majlis Ekonomi) turut meluluskan pembelian hotel di London.
Jika ada bukti mereka tahu bahawa pembelian itu ada unsur penyelewengan kerana harganya lebih mahal tetapi mereka tetap meluluskannya, mereka perlu disiasat sama ada mereka mendapat habuan. Jika ada bukti mereka mendapat habuan, mereka perlu ditahan seperti Tan Sri Isa Samad.
Jika mereka tidak tahu ada unsur penyelewengan dalam pembelian itu tetapi gagal mengenal pasti risiko pelaburan dan gagal menyemak bahawa harga yang perlu dibayar Felda adalah terlalu tinggi, maknanya mereka tunggul yang makan gaji buta kerana gagal/cuai menjalankan amanah sebagai anggota Majlis Ekonomi. Mereka perlu dipecat atau jika mereka bermaruah, mereka perlu meletakkan jawatan.
Budaya rasuah menjadi begitu mendalam dan parah di negara kita bukan disebabkan dua tiga orang yang ditangkap terlibat di dalam penyelewengan. Mereka sebenarnya hanyalah segelintir dalam ekosistem pentadbiran negara yang mendokong dan membenarkan rasuah berleluasa. Jika kita benar-benar mahu membanteras rasuah, kita perlu memerangi keseluruhan ekosistem rasuah ini termasuklah dengan menuntut satu teladan pertanggungjawaban yang tertinggi di kalangan menteri dan pegawai kanan kerajaan.
Oleh itu, walaupun Isa Samad telah dikambing hitamkan, itu tidak bermakna Dato’ Seri Najib boleh mencuci tangan. Beliau perlu dipanggil SPRM untuk disiasat untuk menentukan sama ada sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi, beliau telah meluluskan pembelian ini (jika dibawa) dan sebab musabab beliau berbuat demikian sedangkan jelas harga yang dibayar Felda adalah jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment