(rujuk: Sanusi Junid)
Beberapa perkara berikut telah timbul dari bangkitnya semula persoalan peristiwa MEMALI. Antara lain ialah:
1. Apakah punca berlakunya peristiwa MEMALI?
2. Siapakah yang memulakan rusuhan?
3. Siapakah yang bersalah?
4. Bagaimana berakhirnya peristiwa MEMALI?
Dato' Haji Hadi Awang telah tersalah tingkah dengan kenyataannya setelah berlaku kekecohan dalam acara 'NOTHING 2 HIDE 2'. Beliau ingin mengambil kesempatan dari kekecohan yang berlaku untuk menyalahkan Tun Dr. Mahathir kerana peristiwa MEMALI.
Haji Hadi tidak menyangka bahawa dengan memperingati peristiwa MEMALI beliau hanya mendedahkan kelemahan dirinya.
Dua orang bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Nor meramalkan bahawa RCI, atau Suruhanjaya Siasatan Diraja, akan mendedah Hadi Awang sebagai punca tragedi MEMALI.
HAJI HADI AWANG PUNCA TRAGEDI MEMALI
TRAGEDI MEMALI
BERMULA DARI
AMANAT BANGGOL PARADING
Peristiwa MEMALI yang berlaku pada 19 November, 1985 bermula dengan Amanat Hj. Hadi Awang di KAMPONG BANGGOL PERADONG, Kuala Trengganu pada 7hb April, 1981, iaitu 100 hari sebelum Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri pada 16hb Julai, 1981 dan 1,586 hari, atau 4 tahun 126 hari, setelah Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Sebagaimana fatwa Dewan Ulama PAS pada tahun 1962 yang mengkafirkan UMNO dengan akibatnya berlaku PERISTIWA BERDARAH 13hb Mei, 1969, iaitu sekitar 7 tahun setelah fatwa MENGKAFIRKAN UMNO dilakukan, maka AMANAT HAJI HADI AWANG di BANGGOL PERADONG adalah punca berlakunya PERISTIWA MEMALI.
Apakah kandungan AMANAT BANGGOL PERADONG?
Inilah amanatnya:
'Saudara-Saudara sekalian, percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah Saudara-Saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidal payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.'
Pada awal tahun 1980 dalam satu ucapan dalam menghadapi pilihanraya di Johor Bharu, Hj. Hadi menyatakan dalam ucapannya:
'Kita letakkan calon Pas untuk bertanding di Johor Bharu ini, bukanlah semata-mata untuk mencapai kemenangan. Kalau kita nak menang, kita tidak akan letak calon di sini, kerana kita sedar, bahawa di Johor Bharu ini, adalah kubu Umno yang tidak mungkin kita boleh menang. Tetapi, kenapa kita letakkan calon Pas di sini? Tidak lain adalah untuk menyelamatkan akidah saudara kita. Telah menjadi tanggungjawab kita, perjuangan kita untuk menyelamatkan akidah saudara kita, walau pun hanya ada seorang pengundi Pas di sini, kita perlu selamatkan akidahnya. Insya Allah, inilah peranan kita, peranan Parti Islam Se Malaysia, PAS.'
Pada 29hb Disember, 1985, iaitu 58 hari setelah peristiwa MEMALI, Haji Hadi telah berucap dalam satu ceramah di Kg. Raja, Besut, Trengganu dengan mengatakan antara lain:
'Bahawa 14 orang sahabat kita yang dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang masih berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereka aadalah syahid.'
SIAPAKAH YANG MEMULAKAN RUSUHAN
Pihak Hj. Hadi sudah tentu menuding jari kepada pihak polis sebagai pencetus pembunuhan. Pihak polis pula, sebagaimana yang dijelaskan oleh Tun Dr. Mahahir dalam majlis 'NOTHING2HIDE - 2' ada SOP (Standard Operating Procedure = Tatacara Bertindak) yang tidak membolehkan mereka menembak kecuali pihak ektrimis mula mengganas dan mencederakan mereka.
SIAPAKAH YANG BERSALAH
Musuh politik Tun Dr. Mahathir, yang berada di dalam UMNO pula, dulu dan sekarang, ingin menyalahkan Tun Dr. Mahathir sebagai bertanggungjawab kerana beliau Perdana Menteri justeru itu beliau pemimpin kerajaan. Tun Dr. Mahathir pula telah tidak membatalkan rancangan untuk ke China kerana, jika beliau berada di dalam negara pun tanggungjawab dalam soal keselamatan terletak pada Menteri Dalam Negeri. Tun Dr. Mahathir tidak membatalkan lawatannya ke China kerana berlakunya peristiwa MEMALI. Pembatalan lawatan boleh menyebabkan pihak luar negara akan menganggap kejadian di MEMALI itu begitu mengancam negara sehingga perlu membatalkan acara lawatan ke luar negeri yang sangat penting dan telah lama dirancang. Lebih-lebih lagi kerana kejadian di MEMALI ini hampir sama dengan kejadian di BATU PAHAT yang telah ditangani oleh Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie tanpa campur tangan Perdana Menteri Tun Hussein Onn.
Pihak PAS tidak boleh menyalahkan Menteri Dalam Negeri jika pihak polis membalas tembak di MEMALI kerana mengikut SOP atau 'Tatacara Bertindak'. Menteri Dalam Negeri hanya boleh disalahkan jika beliau membenarkan pihak polis memulakan tembakan. Pihak polis hanya boleh disalahkan jika terbukti mereka bertindak di luar peraturan SOP.
Memandang kepada keghairahan Haji Hadi dengan pengisytiharan kematian ahli-ahli PAS di MEMALI sebagai mati syahid dan dikebumikan tanpa dikafan dan tanpa disembahyangkan, dapatlah kita fahami punca wujudnya kegigihan pihak 'pengebom berani mati' atau 'suicide bombers', dari Al Qaeda atau ISIS, yang tidak perlu provokasi dari mana-mana pihak, untuk bertindak ganas, semata-mata kerana diyakinkan oleh ketua mereka bahawa semua tindakan mereka, atas nama Islam, boleh mendapat balasan terbaik dengan mati syahid.
BAGAIMANA BERAKHIRNYA PERISTIWA MEMALI
Di peringkat awal kelihatan pihak PAS giat berusaha untuk membela keluarga yang terkorban dalam peristiwa MEMALI. Setelah banyak wang dikatakan terkumpul akhirnya wang ini dipersoalkan arah dan cara penggunaannya.
Atas perhitungan politik matlamat PAS telah berubah untuk menjadi parti untuk KEBAJIKAN dan tidak terlalu fanatik memperjuangkan HUDUD.
Berikutnya parti PAS telah bekerjasama dengan DAP, walaupun perjuangan DAP bukan untuk Islam dan tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja seperti PAS. Berertilah Fatwa Dewan Ulama PAS 1962 dan AMANAT HAJI HADI AWANG terbatal dengan sendirinya.
Seterusnya PAS berpecah dan wujud parti AMANAH dengan matlamat yang lebih jelas.
Dengan harapan untuk turut memburukkan imej Haji Mat Sabu dan pemimpin Amanah yang lain, pemakan DEDAK telah cuba menyalahkan Tun Dr. Mahathir ke atas peristiwa yang sebenarnya berlaku kerana Amanah Hadi Awang. Mat Sabu ingin dikaitkan dengan isu DANA MEMALI yang sebenarnya sudah selesai.
Kini, kerana PAS kekurangan wang untuk menghadapi pilihanraya ke 14 pemimpin PAS berjinak dengan pemimpin UMNO yang banyak 'cash' kerana bagi pemimpin UMNO 'cash itu king'.
No comments:
Post a Comment