Saturday, November 11, 2017

DEDAK DAN LIMAU BALI TAMBUN


Tambun, bersempadan dengan Ipoh Selatan terkenal dengan limau bali/limau abong atau pomelo. Dua jenis komersial yang ditanam: 1) Manis, 2) Masam-Manis. Jenis yang kedua lebih mahal harganya. Dipercayai baka2 tersebut berasal dari Cina. 

Penanaman limau bali makin berkurangan kerana keluasan tanaman menyusut digunakan untuk pembangunan perumahan, industri dan infrastruktur. Ini faktor utama menyebabkan harga buah limau meningkat. 

Tanah dikawasan Tambun sesuai untuk pomelo kerana  kapur (Calcium carbonate) dari bukit kapur (limestone hills) bercampur dengan air hujan mengurangkan asid tanah (meningkatkan pH) dikawasan landai persekitaran. Kebanyakan pokok2 tropika sesuai tumbuh pada pH5.5 - 6. 

Berkenaan dedak Tambun. Ini baru ditebarkan. Adalah yeop yang dapat!

No comments:

Post a Comment