Siapa beri arahan kapada pembunuh upahan?
Syukur ke hadrat Illahi Dr Mahathir, isteri serta rombongan ke Langkawi selamat.
PRU14 l Menjelang sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Mahathir Mohamad mendakwa pesawat peribadi yang disewa khas telah disabotaj oleh pihak tertentu.
Dr Mahathir dan isterinya sebelum itu berada di Lapangan Terbang Subang dan sudah menaiki pesawat tersebut untuk menuju ke Langkawi bagaimanapun telah dimaklumkan oleh juruterbang bahawa tayar pesawat itu telah bocor.
Sejurus selepas itu beliau mengambil keputusan untuk meminjam pesawat daripada rakannya bagi meneruskan perjalanan ke Langkawi.
“Saya fikir saya boleh sampai sini selepas sembahyang Jumaat malangnya yang mana kapalterbang yang saya nak naik ini bocor.
“Nasib baik dapat tahu awal kalau tak tahu awal ada kemungkinan kapalterbang tu terbang dan crash,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya ketika program hi-tea wanita HARAPAN bersama komuniti Cina dan India di De Baron Resort, Langkawi, hari ini.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan telah disabotaj pihak tertentu.
“Ada orang yang rancang ini saya fikir, tak pernah berlaku dalam sejarah saya naik kapalterbang ni sudah beribu kali tapi inilah kali pertama,” katanya.
No comments:
Post a Comment